
Dunia fesyen Islam semakin berkembang.Banyak usaha yang dilakukan demi mengembangkan lagi industri tersebut. Terbaru, menerusi penganjuran Minggu Fesyen Asia Islam 2017 (#AIFW2017) yang dijangka kick-off di pada 30 Mac hingga 2 April di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.
Pastikan anda set appointment sekarang juga ke acara yang julung kali diadakan di platform tempatan, membawakan pelbagai acara dagangan yang menggabungkan kesantunan budaya dan gaya terkini dalam konteks Islam.
Acara yang akan diadakan selama 4 hari bermula jam 10 pagi hingga 8 malam ini mempamerkan persalinan busana, aksesori, dan kosmetik yang berinspirasi Islam.
‘Memperkenalkan Asia Sebagai Pusat Global Fesyen Islamik’ menjadi tema #AIFW2017 dan menerusi peluang ini Malaysia diharap menjadi ruang pasaran bagi fesyen dan gaya hidup Islam yang berpengaruh di Asia.
Mana tahu, anda mungkin boleh dapat peluang perniagaan atau bertukar pengalaman niaga dalam acara yang julung kali diadakan ini.
Pengasas dan pencetus #AIFW2017, Fuza Umar berkata pihaknya menjangkakan lebih 10,000 pengunjung, 180 peserta pameran, 100 pereka, 200 pembeli dagangan antarabangsa, pencetus pengaruh fesyen, eksekutif bisnes, jurugambar fesyen dan pengamal media dari lebih 20 negara mengambil bahagian dalam acara ini.
Wow!
“Kami dengan besar hatinya ingin mengumumkan kerjasama dengan destinasi fesyen online Asia, Zalora, selaku rakan E-dagang (E-commerce Partner). Dengan kehadiran di Singapura, Indonesia, Malaysia serta Brunei, Filipina, Hong Kong dan Taiwan, kami percaya bahawa Zalora merupakan platform online terbaik untuk mempromosikan industri fesyen Islamik di seluruh Asia,” katanya.
#AIFW2017 bakal menampilkan pereka fesyen dan jenama seperti Dian Pelangi, Cosry, Karina Ng, Mimpi Kita, Eja Shahril, Sawdaa, Uniqlo, Inayah UK, Phewiit by Amy Search, Mumu Scarf, Ash & Annas, Telekung Siti Khadijah, Insaniyah dan kosmetik Adania banyak lagi.
“Kami juga turut berbangga untuk mengumumkan 3 ‘fashion influencers’ #AIFW2017; artis Mizz Nina, pereka fesyen Dian Pelangi dan usahawan fesyen, Melani Elturk.”Peminat jangan lepaskan peluang untuk bertemu mereka di acara ini.
“Ini merupakan sebuah platform yang menarik untuk pereka fesyen modest, mereka yang mempunyai bakat dan juga jurucakap dari serata dunia. Lebih penting lagi kerana ia menggabungkan fesyen, kepercayaan dan kecantikan untuk diperlihatkan kepada dunia, ” kata Mizz Nina.
#AIFW2017 menitik berat 3 elemen iaitu pertunjukan dagangan fesyen, pertunjukan fesyen dan interaksi fesyen.
AIFW2017 bekerjasama dengan Islamic Fashion and Design Council (IFDC), Zalora, iHALALMAS dan Kementerian Wilayah Persekutuan Malaysia bagi menjayakan acara ini.
Kedudukan ekonomi Islamik Global 2015/16 yang dikeluarkan Reuters menunjukkan pengguna Islam sedunia membelanjakan sejumlah AS$230 bilion untuk pakaian pada 2014.
Ini menjadikan pasaran pakaian Islam membentuk 11% daripada perbelanjaan global, dengan kadar pertumbuhan sebanyak 3.8% berbanding tahun lalu. Angka tersebut dijangka mencecah AS$484 bilion menjelang 2019.
Ekoran itu, pemain fesyen arus perdana utama seperti Uniqlo dan Mango hinggalah pereka fesyen aras tinggi seperti Dolce & Gabbana dan Tommy Hillfiger melabur dalam sektor ini.
Platform e-dagang seperti Hijup (Indonesia) dan Modanisa (Turki) juga menerima kemasukan pelaburan yang besar untuk memperkembangkan asas pengguna masing-masing.
Laporan berkenaan turut menggariskan bahawa Malaysia mendahului majoriti kategori industri halal dalam Petunjuk Ekonomi Islamik Global.