Hari Hijab raikan tudung melangkaui agama

Hari Hijab raikan tudung melangkaui agama

Hijab atau tudung bukan terhad kepada Islam di Malaysia, dan kini semakin menjadi simbol fesyen termasuk di kalangan bukan Islam.

hijab1
fmt-ohsem-inside-article1Hari Hijab Sedunia yang diasaskan 4 tahun lalu oleh aktivis wanita Nazma Khan diraikan semalam di 140 buah negara, sebagai tanda sokongan kepada wanita Islam yang memilih menutup kepala mereka.

Tetapi hijab, atau tudung seperti dikenali sekian lama di Malaysia, melangkaui batas agama.

Contohnya Deepa Goval, yang memberitahu FMT Ohsem beliau tidak ada masalah memakainya.

Malah bagi wanita beragama Hindu ini, pengalaman bertudung dan penerimaan orang di sekitarnya sesuatu yang indah.

Ia bermula apabila Deepa menutup kepalanya yang botak dengan kain skarf, selepas memenuhi nazar di kuil.

“Saya belajar memakainya daripada rakan Melayu selain YouTube yang mengajar pelbagai teknik pemakaian,” tambahnya lagi.

hijab2

Tetapi mungkin ramai tidak sedar, menutup kepala dengan kain bukan hanya amalan Islam.

“Kami juga menutup kepala di tempat ibadat kami,” kata seorang wanita bukan Islam yang kini menetap di Dubai.

“Di kalangan orang Arab dan Muslim, ia dikenali hijab, jadi ia tidak boleh diklasifikan sebagai amalan orang Islam semata-mata,” kata Joanna J kepada FMT Ohsem.

Penganut Sikh, Kristian, Hindu dan Yahudi juga ada amalan menyerupai hijab, walaupun ia paling meluas diamalkan umat Islam.

Hijab kini semakin dijadikan fesyen, termasuk oleh selebriti seperti Rihanna, Kim Kardashian, Paris Hilton, Jennifer Lopez dan Angelina Jolie.

Selalunya orang terkenal akan mengenakan tudung apabila melawat tempat tertentu di negara Islam, menunjukkan rasa hormat mereka di samping mendukung elemen fesyen.

Hari ini, hijab bukan hanya kain labuh menutup bahagian atas badan hinggalah, tetapi turut merangkumi pelbagai teknik pemakaian.

Nilai global pasaran hijab pada 2014 ialah AS$230 bilion, dan dijangka mencapai AS$327 bilion menjelang 2020.

Nilai pasaran tudung itu turut mendorong jenama besar dunia fesyen, yang tidak mahu ketinggalan membuat untung dengan menghasilkan pakaian Islamik, seperti DKNY, Tommy Hilfiger dan Uniqlo.

Contohnya, model British, Mariah Idrissi menggayakan hijab untuk iklan gedung pakaian H&M. Selain itu peragaan fesyen khas untuk hijab turut diselitkan dalam minggu fesyen tersohor dunia seperti di London, Paris, Milan dan sebagainya.

Di Malaysia, artis bertudung sudah menjadi lumrah, malah ada yang mempromosikannya, seperti pelakon Noor Neelofa Mohd Noor dengan jenama tudungnya Nealofar, yan pada 2015 menjana keuntungan sehingga RM50 juta.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.