
Jika anda menghabiskan masa hujung minggu di Facebook atau media sosial, anda mungkin terlihat video viral “Handshake Guru”.Alah, video seorang guru lelaki muda yang berjabat tangan dengan pelajar sekolah menggunakan teknik santai dan unik itulah.
Dalam video itu, Barry White Jr, guru gred 5 di Charlotte, North Carolina, Amerika Syarikat berkongsi teknik bersalam yang unik dengan setiap pelajar ketika mereka memasuki kelas.
Video ini menjadi hit dan White akui berbuat demikian kerana teruja hendak berjumpa pelajarnya setiap pagi.
“Seorang guru mempunyai kemahiran berkomunikasi yang baik. Apabila White bercakap mengenai pendekatan pengajarannya, tekniknya bersalam jelas memainkan peranan penting dalam menyediakan pelajar untuk belajar.
“White juga bercakap mengenai cara lain menyuntik inspirasi kepada pelajar,” petik laporan Forbes.
Katanya, pakaian sememangnya memainkan peranan dan White terbukti memberi perhatian dalam hal itu kerana dia memakai sut lengkap setiap hari ke sekolah.
“Saya ada lebih banyak sut berbanding pakaian kasual,” kata White.
Dalam video itu, White dilihat memakai sut dan bertali leher.
Kajian menunjukkan seseorang boleh membina persepsi mengenai diri mereka dalam beberapa saat dan White berkata dia menjadi “role model” kepada pelajarnya sebaik saja mereka melihatnya.
“Mengajar ialah tugas nombor satu di Amerika dan saya tidak sabar untuk bangun dan memberi impak kepada pelajar dan ibu bapa dengan cara yang positif,” katanya.
White tiba di sekolah pada 5.45 pagi, iaitu 2 jam lebih awal. “Saya tidak sabar untuk menemui pelajar saya setiap pagi,” katanya.
https://www.youtube.com/watch?v=4JueNr1e0H4