Jom intai menu makanan unik di Tedboy Bakery

tedboybakery-leisurefmt-ohsem-inside-article1Selepas kelahiran anak sulung – Ted, pasangan Edward Tan dan Patrina memulakan perniagaan pada 2012 dengan harapan mereka akan mempunyai lebih banyak masa bersama keluarga.

Perniagaan berkaitan makanan paling dekat di hati, justeru mereka memilih membuka kedai roti di Jalan Telawi, Bangsar yang dinamakan sempena anak mereka, Tedboy Bakery.

Kini, selepas lebih 4 tahun, mereka membuka cawangan ke-5 di The School, Jaya One di Petaling Jaya.

Bagaimanapun, pengalaman sepanjang menjalankan perniagaan itu tidaklah seperti dijangkakan kerana mereka terpaksa bekerja keras demi memajukan perniagaan.

“Semuanya berubah selepas bakery pertama dibuka. Kini kami banyak menumpu mengembangkan perniagaan dan mengkaji cara untuk mempelbagaikan menu,” kata Patrina.

Sempena pembukaan cawangan Tedboy di The School, Jaya One, ia memperkenalkan “Tea Set” untuk minum petang dengan lebih 10 jenis “finger food” dan 10 pastri, tidak lupa hidangan kopi serta teh.

“Kami terus bertahan dalam industri ini kerana tidak pernah membelakangkan kualiti. Daripada pembekal dan vendor, semua rakan kongsi dalam syarikat kami mempunyai prinsip sama, maka kami berkembang baik,” kata Edward.

“Tea Set” untuk 2 orang itu berharga RM50.

“Tea Set” ini bermula 3 petang hingga 7 malam dan dijangka dipanjangkan kepada waktu makan tengah hari jika ada permintaan pada masa depan.

Antara menu dalam “Tea Set” ialah tart keju, kek keju New York, marmalad eklair strawberi, kek lobak merah, sandwic ayam avakado, kroisan tuna mangga, burger ayam mini dengan roti hitam, sandwic tuna dan ayam serta pelbagai “finger food” lain.

Cawangan Tedboy Bakery di Jaya One ini adalah cawangan terbesar dengan keluasan 2,800 kaki persegi yang turut dilengkapi tempat permainan kanak-kanak dan persekitaran sesuai untuk penganjuran pelbagai majlis.

Patrina memberi jaminan semua makanan di cawangan Tedboy Bakery adalah makanan sihat yang disediakan setiap hari menggunakan bahan berkualiti tinggi, kurang lemak dan minyak.

Tedboy Bakery juga akan mengubah menu mengikut cita rasa tempatan dari semasa ke semasa, contohnya menggunakan kaya dan durian sebagai inti.

Cawangan utama Tedboy Bakery terletak di Bangsar, manakala Tedboy Express berada di Wisma Averis, The Sphere & KL Gateway di Bangsar South dan Menara Standard Chartered, Jalan Sultan Ismail dan cawangan Em oleh Tedboy di Hotel Transit KL di Jalan Pudu.

Tedboy turut menyediakan khidmat penghantaran di sekitar cawangannya.