‘Wajah baharu’ guna darah plasma

sky-clinic

Nak cantik? Duduk diam-diam, mereka hanya perlukan tiub kecil darah anda yang kemudian ditempatkan dalam mesin pengasingan. Hasil pengasingan itu dilakukan untuk mendapatkan darah plasma.

Ya, darah plasma itulah yang akan digunakan untuk rawatan penyuntikan darah plasma kaya platlet pada wajah pelanggan.

Dikenali sebagai rawatan platelet-rich plasma (PRP) atau “vampire facelift”, The KL Sky Clinic sememangnya sinonim untuk rawatan ini.

Dalam satu pertemuan bersama FMT Ohsem, Pengarah Perubatan klinik itu, Dr. Shashi Kumar memberitahu, PRP merupakan rawatan muka revolusi masa kini yang sedang trending.

Sebelum itu, mari kita lihat dahulu apa itu rawatan PRP.

Kaedah ini digunakan dengan jayanya sejak bertahun-tahun dalam rawatan penyembuhan kecederaan sukan. Kini, ia menjadi rawatan pilihan wanita meningkatkan penampilan sama ada dari segi membetulkan kedutan, parut, kerosakan akibat sinaran matahari serta gegelang mata.

Rawatan PRP semakin dipercayai kerana sifat organiknya selain fungsi.

PRP menggunakan plasma yang diambil dari darah pesakit sendiri dan bukannya bahan kimia. Kemudian disuntik menggunakan jejarum yang sangat halus pada wajah. Hampir tiada kesan sampingan kerana badan tidak mungkin menolak darah sendiri.

Rawatan ini lebih dikenali sebagai Vampire Facelift, terima kasih selebriti “panas”, Kim Kardashian yang memberi nama samaran itu.

Okay, sekarang kita kembali kepada Dr. Shashi untuk mengetahui lebih lanjut mengenai rawatan ini.

“Kami sediakan beberapa jenis perkhidmatan perubatan di sini.

“The KL Sky Clinic adalah klinik kesejahteraan yang pertama seumpamanya di Malaysia. Dari situ, kami rawat mereka mengikut masalah yang didiagnosis.

“Jadi ia bukan hanya mengenai perubatan konvensional tetapi lebih dari itu,” katanya.

Menerangkan secara lanjut mengenai PRP, Dr. Shashi berkata, klinik tersebut menawarkannya sebagai rawatan signatur untuk masalah kecederaan selain rawatan kecantikan wajah.

“Kami akan ambil 10ml darah, mengasingkan darah putih, merah dan plasma. Kemudian menggunakan suntikan mikro dermal untuk wajah,” jelas beliau.

Menerusi kaedah itu, darah plasma akan disuntik pada kulit wajah, dilakukan secara halus dan berhati-hati.

Cara ini berbeza dengan rawatan PRP sama untuk kecederaan melihatkan otot di mana plasma akan disuntik terus pada bahagian yang terbabit.

Jadi… bagaimana rawatan ini berhasil, khususnya untuk wajah?

Dr. Shashi berkata, darah plasma diri sendiri, kandungan stem sel adalah. Jawapannya, mudah!

Plasma merangsang sel-sel stem kulit menghasilkan lebih banyak kolagen. Ekoran itu, tumbuh sel-sel baharu dan memberi nafas baharu pada kulit. Pertumbuhan sel baharu pada kulit dijana oleh PRP yang mengambil masa beberapa minggu hingga beberapa bulan.

Itu sebabnya ia kelihatan jauh lebih baik selepas lebih masa berlalu.

Malah, mengakui ia sebagai rawatan yang paling tidak tercemar kerana menggunakan darah plasma sendiri dan digunakan dalam kecederaan serius, Dr. Shashi berkata, rawatan ini bukan sahaja mudah, tetapi terbukti selamat.