Kerana tampan, pengawal peribadi lebih popular daripada presiden Korea Selatan

Kerana tampan, pengawal peribadi lebih popular daripada presiden Korea Selatan

Netizen khususnya wanita terus memuji ketampanan pengawal peribadi presiden baharu Korea Selatan di laman sosial

Moon-Jae-In-bodyguard
fmt-ohsem-inside-article1Ketepikan berita mengenai Moon Jae In yang mengangkat sumpah sebagai presiden baharu Korea Selatan selepas menang besar dalam pilihan raya baru-baru ini.

Kita ada berita yang lebih popular mengenai pengawal peribadi presiden itu yang dikatakan berjaya mencuri tumpuan netizen khususnya gadis di laman sosial.

Menurut beberapa laporan berita dan portal, pengawal peribadi itu dikatakan mempunyai wajah yang tampan, berbadan tegap, susuk wajah yang tajam dan maskulin seakan artis K-Pop dan terus menjadi buah mulut di Twitter.

Menurut Korea Times, lelaki itu dikenal pasti sebagai Choi Young Jae, berusia 36 tahun.

Dia adalah pegawai khas perintah perang Korea Selatan, sebuah unit elit di bahagian hadapan yang beroperasi untuk melindungi negara daripada serangan negara jiran, Korea Utara.

Bagaimanapun Young Jae menjadi popular di laman sosial seluruh dunia sudah mendirikan rumah tangga dan mempunyai 2 orang anak perempuan.

Ikuti rakam layar tweet mengenai pengawal peribadi yang dikatakan menyerupai pelakon Korea, Jung Woo Sung ini.

1
3

 

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.