
Kita ada 3 kisah yang menceritakan bagaimana haiwan peliharaan menjadi hero sama ada menyelamatkan nyawa atau berkorban demi kesejahteraan tuannya.Kes pertama berlaku di Jiangjin, wilayah Chongqing, selatan China pada 6 Mei lalu, apabila seorang bayi yang ditanam hidup dalam tanah berdekatan semak diselamatkan oleh seekor anjing.
Dalam kejadian itu anjing milik Yang Jiali dikatakan mengorek tanah ketika dibawa berjalan.
“Saya ternampak dia (anjing) bersungguh-sungguh menggali sesuatu sehinggalah ternampak sebahagian tubuh bayi dalam lubang,” kata Yang Jiali yang kemudian membawa bayi tersebut ke klinik untuk rawatan kecemasan.
Bayi yang diselimut dengan kain putih ketika dijumpai dikesan mempunyai dengupan jantung yang rendah selain suhu badannya yang menurun.
“Mulutnya dipenuhi tanah dan lumpur bagaimanapun berjaya distabilkan selepas dipindahkan ke Hospital Jiangjin,” kata doktor seperti yang dilapor oleh Pear.tv
Menurut polis dan doktor, bayi berkenaan mungkin ditanam keluarganya menyangka dia sudah meninggal dunia.
Dalam kejadian ke-2 di Britain pula, seekor anjing Rottweiler, bernama Megan membantu pasukan paramedik membuka pintu rumah tuannya, Gary Gregory, 32 selepas dia jatuh tanpa sedarkan diri akibat pendarahan dalaman.
“Gary hanya sempat mendail 999 sebelum tumbang dan hilang kesedaran.
“Pasukan perubatan yang hadir pula berhempas pulas memasuki rumah Gary yang terkunci dari dalam, dan pada masa yang sama terpaksa berhati-hati dengan kelakuan Megan yang dilihat agak aggresif,” petik laporan thesun.uk.
Sebenarnya Megan berusaha sedaya upaya untuk membuka kunci pintu dari dalam dan menarik pemegang pintu supaya pasukan paramedik dapat masuk ke dalam dan memberi bantuan kepada Gary.
“Kelewatan dalam menyelamatkan Gary mungkin akan membahayakan nyawanya. Apapun Gary kini selamat,” kata jurucakap pasukan paramedik.
https://www.thesun.co.uk/news/3021277/man-hails-his-pet-dog-a-hero-after-rottweiler-managed-to-open-front-door-for-paramedics-when-he-collapsed-with-internal-bleeding/
Terakhir ialah kisah yang dikongsi seorang pengguna Facebook, Achy Wijaya dari Papua mengenai anjingnya yang mati dalam keadaan yang menyedihkan dipercayai diracuni perompak.
“Beberapa hari yang lalu di tengah malam, halaman rumah kami dimasuki orang tak dikenali, namun gagal kerana digigit anjing peliharaan kami,” tulis Achy.
“Pagi ini anjing kami mati diracuni orang yang tak bertanggungjawab. Sudah dikasih pertolongan tapi tetap tidak selamat. Sudah di kasih susu 1 botol, minyak setengah liter, sama air kelapa tapi tidak selamat.
“Ingin di bawa ke doktor hewan tapi kami di Papua, doktor hewan hanya ada di dinas peternakan, dan kejadianya pada hari Minggu, dinas tersebut tutup,” tulis Achy.
Malah klip video anjing tersebut menitiskan air mata terakhir juga kelihatan sangat menyedihkan apatah lagi kepada pemiliknya itu.
Ramai netizen di Facebook Achy menyampaikan rasa kasihan kepada anjing yang terkorban kerana menjaga keselamatan rumah pemiliknya itu.
https://www.facebook.com/achywijaya/posts/1255903161194419?pnref=story