
Untunglah jadi artis!Bukan sahaja popular dan kaya, malah tiap kali menjelang musim raya, tak perlu keluar duit beli baju raya. Begitulah rezeki artis hot seperti Rozita Che Wan yang lebih mesra dipanggil Che Ta.
Tahun ini sahaja beliau dijangka melaram dengan lebih 100 helai baju raya, lebih tepat lagi 104 pasang baju.
Menurut laporan BH Plus, baju itu diterima secara percuma ekoran perjanjian beliau sebagai duta dengan syarikat kain tertentu.
“Saya dilantik sebagai duta jenama pakaian Mina selama setahun dan diberi 94 pasang baju dengan rekaan berlainan untuk hari raya. Janganlah kecam saya kerana semua itu diberi percuma untuk diperagakan nanti.
“Tahun lalu saya dikecam gara-gara berkongsi jumlah baju raya yang disediakan untuk diri sendiri dan keluarga,” petik Che ta sebagai berkata.

Tidak cukup dengan semua itu, sebagai memenuhi citarasa fesyen peribadi, beliau menempah 10 pasang baju raya dengan pereka Rizman Ruzaini untuk digayakan pada 1 Syawal nanti.
Itu sahajakah? Kalau tak silap beberapa jenama kain lain turut memilih beliau sebagai duta mereka dan kami pasti angka ini berkemungkinan bertambah.
Apapun, kami tumpang gembira dengan rezeki Che Ta sekeluarga dan selamat sambut raya dengan “wow”nya!