Artis Filipina, Charice Pempengco dedah nama transgender baharu

Artis Filipina, Charice Pempengco dedah nama transgender baharu

Charice dalam rancangan Oprah Winfrey pada 2014 juga mengakui dia berjiwa lelaki.

Jake-Zyrus
fmt-ohsem-inside-article1Bintang televisyen dan sensasi muzik Amerika Syarikat, Charice Pempengco yang berasal dari Filipina mendedahkan jantina transgender baharu menerusi nama Twitter; Jake Zyrus.

“Tweet pertama saya sebagai Jake. Teruja. Membaca semua komen, sayang anda dan saya sangat gembira. Akhirnya, saya cinta anda semua dan jumpa anda dalam masa terdekat,” katanya dalam Twitter yang baru diperbaharui minggu ini dengan hampir 1 juta pengikut.

“Saya tidak mahu membenarkan sesiapa memusnahkan momen ini. Saya tidak akan benarkan sesiapapun menganggu kegembiraan saya. Terima kasih ke atas semua perkara baik yang ditulis mengenai saya,” katanya yang kini berusia 25 tahun.

Lahir sebagai Charmaine Clarice Pempengco, dia menjadi inspirasi kepada jutaan rakyat Filipina kerana perjalanan hidupnya daripada keluarga susah kepada artis yang berkongsi pentas bersama Celine Dion, Andrea Bocelli dan Josh Groban, termasuk menyanyi pada majlis pelantikan presiden Barack Obama.

Album pertama yang dikeluarkan pada 2010 pula memperoleh tempat ke-8 dalam carta US Billboard 200 Albums dan pada tahun yang sama, dia berlakon dalam siri televisyen Glee membawa watak pelajar penukaran, Sunshine Corazon.

Pempengco juga muncul dalam filem “Alvin and the Chipmunks: The Squeakquel” pada 2009.

Pada 2013, Pempengco mendedahkan dia seorang lesbian, sekaligus mencetuskan kontroversi di Filipina, di mana majoriti penduduknya Katholik dan homoseksualiti dipertimbang tetapi bukan diterima.

Pempengco dalam rancangan Oprah Winfrey pada 2014 juga dipetik berkata; “Sebenarnya, saya berjiwa lelaki.”

Satu laporan Badan Pengawasan Hak Asasi menyatakan, pelajar lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) di seluruh Filipina menjadi mangsa buli dan diskriminasi di sekolah kerana identiti gender dan orientasi seksual.

“Pelajar LGBT di Filipina selalu menjadi sasaran keganasan dan serangan,” kata fello hak asasi LGBT di pusat pengawasan di Amerika Syarika, Ryan Thoreson sambil menambah ia termasuk para guru.

Majalah Esquire edisi Filipina memohon maaf kepada Pempengco kerana menyindir nama baharunya, Zyrus.

Zyrus dalam Twitternya pula menerima permohonan maaf itu.

“Permaafan diterima, sayang semua,” tulisnya.

“Hormati semua”.

 

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.