
King of Khan Bollywood, Aamir Khan dan isterinya Kiran Rao dikuarantin selama seminggu di kediaman mereka di Mumbai kerana dijangkiti virus Influenza A H1N1 atau selesema babi.Aamir Khan, 52, mendedahkan perkara itu menerusi persidangan video yang diatur pada majlis ‘Satyamev Jayate Water Cup 2017’.
Aamir Khan sepatutnya menghadiri acara itu tetapi terpaksa membatalkannya selepas dikesan dijangkiti virus tersebut.
“Kami sepatutnya meraikan hari ini tetapi tidak dapat. Kami berusaha keras sepanjang tahun namun saat tiba masa untuk meraikannya, kami dikesan dengan virus H1N1.
“Ia boleh merebak dengan mudah, oleh itu kami perlu dikuarantin selama seminggu,” kata pelakon filem Dangal.
Bagaimanapun, Badshah of Bollywood, Shah Rukh Khan mewakili Aamir Khan dalam majlis itu.
Isteri Aamir Khan dipercayai menerima jangkitan virus daripada suaminya.
Ekoran itu, pasangan tersebut dihujani pelbagai ucapan supaya cepat sembuh dan kembali sihat.
Laporan portal The Hindu menyatakan sebanyak 850 kes dan 16 kematian dilaporkan di Mumbai pada tahun ini susulan jangkitan virus H1N1.