60% lelaki Malaysia sedia bersekedudukan selepas 3 bulan ‘dating’

60% lelaki Malaysia sedia bersekedudukan selepas 3 bulan ‘dating’

Manakala wanita Malaysia memilih untuk saling mengenali secara lebih intim dan hanya memikirkan mengenai berkesedudukan selepas setahun atau 2 tahun berkenalan.

moving-together
fmt-ohsem-inside-article1Tiga bulan menjalinkan hubungan istimewa sudah cukup bagi lelaki Malaysia mengambil keputusan untuk tinggal bersekedudukan bersama teman wanita mereka.

Demikian hasil tinjuan aplikasi temujanji antarabangsa, SweetRing berhubung keputusan lelaki dan wanita yang memilih untuk bersekedudukan atau tinggal bersama sebelum berkahwin atau mendirikan rumah tangga secara sah.

Tinjaun yang melibatkan 500 responden bujang dari setiap gender di Malaysia mendedahkan, 70% lelaki bujang akui bersedia bersekedudukan sebelum kahwin berbanding dengan 80% lelaki bujang di Hong Kong dan 90% lelaki bujang di Taiwan.

Namun 60% lelaki Malaysia bersedia berbuat demikian dalam tempoh masa hanya 3 bulan menjalinkan hubungan istimewa, peratusan yang agak tinggi untuk tempoh singkat itu berbanding lelaki bujang di Hong Kong dan Taiwan.

Bagaimanapun, wanita bujang di Malaysia pula mempunyai pendapat yang berbeza.

Bagi kaum Hawa, mereka mahu membina keyakinan dalam hubungan dengan saling mengenali secara lebih intim dan hanya memikirkan mengenai berkesedudukan selepas setahun atau 2 tahun berkenalan.

Ini kerana mereka percaya pelbagai perkara yang sebelum ini tidak dianggap sebagai masalah boleh menjadi masalah besar selepas tinggal sebumbung.

Hampir separuh daripada responden menyatakan, masalah dalam sesuatu perhubungan lazimnya berpunca daripada masalah komunikasi lemah .

Manakala, kaum wanita pula meluahkan kebimbangan terhadap kehamilan sebelum berkahwin secara sah.

Sementara itu, berhubung persoalan membahagikan tanggungjawab selepas bersekedudukan dalam fasa pra-kahwin pula, 90% lelaki sedia menanggung sebahagian besar perbelanjaan harian tetapi bukan untuk kerja rumah.

Mereka mahu wanita mengambil sepenuhnya atau sebahagian besar daripada tanggungjawab itu.

Namun, bukan itu yang dijangkakan oleh wanita. Sebaliknya 90% wanita pula mahu lelaki membantu dalam kerja rumah berbanding melunaskan bil.

Dalam satu kenyataan, SweetRing menggesa pasangan supaya berfikir masak-masak sebelum bersekedudukan dalam tempoh pra kahwin.

“Mereka harus berbincang mengenai jangkaan dan harapan masing-masing terlebih dahulu kerana kebanyakan hubungan seperti ini berakhir dalam kesukaran,” petik kata SweetRing.

 

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.