
Mereka mungkin cantik, menawan, kaya dan berpengaruh tetapi mereka juga manusia biasa. Mereka juga akan jatuh sakit, bangkit dan berjuang untuk hidup dan suatu hari, mungkin berserah kepada takdir apabila tidak dapat “berjuang” lagi.
Baru-baru ini kita digemparkan dengan berita penyanyi Elyana menghidap kanser limfoma atau kelenjar tahap 4 dan diberi masa setahun lagi untuk hidup oleh doktornya.
Ia benar-benar menggoncang hati semua orang tidak kira yang mengenalinya atau tidak. Ini kerana menjadi norma manusia bersimpati dan prihatin dengan mana-mana insan yang menghadapi kesakitan.
Ramai selebriti antarabangsa yang masih muda kelihatan sihat sebenarnya bertarung dengan pelbagai penyakit termasuk penyakit kronik. Antaranya ialah:
Selena GomezMasih muda dan bertenaga di atas pentas, sebenarnya Selena menghidap Lupus, sejenis penyakit berhubungan dengan reaksi autoimun, di mana sistem kekebalan tubuh tidak mampu mengenali dan membezakan patogen. Didiagnosis pada 2012, ia menyebabkan Selena terpaksa membatalkan konsert jelajah 2013 dan berehat dari dunia hiburan untuk beberapa tahun. Penyakit ini tidak boleh disembuhkan tetapi boleh dirawat.
Charlie SheenKalau anda pernah menonton siri The Big Bang Theory, Two and a Half Man, Anger Management, maka anda mungkin mengenali pelakon berwajah maskulin ini. Tetapi sebenarnya, dia positif HIV. Charlie mengumumkan mengenai penyakitnya secara terbuka pada 2015, dalam satu rancangan di saluran NBC kepada hos, Matt Lauer. Dia mendapat rawatan penyakitnya itu sejak 4 tahun sebelum itu. Masih hidup dan mengamalkan kehidupan lebih berkualiti, Charlie perlu berwaspada kerana sistem imunisasinya jauh lebih rendah. Penyakit ini menyukarkan seseorang menentang virus atau jangkitan.
Kim KardashianAnda pasti berfikir apa agaknya penyakit wanita ini. Sebenarnya, Kim Kardashian sudah lama mengidap penyakit psoriasis, sejenis penyakit kulit menyebabkan tompok merah seperti kudis. Ia juga sejenis penyakit auto-imunisasi di mana sistem imun menyerang sel tubuhnya sendiri. Kim Kardashian mengalami penyakit itu di bahagian kaki dan badan. Ibunya, Kris Jenner juga dikatakan menghidap penyakit psoriasis.
Manisha KoiralaPelakon Bollywood dari Nepal yang terkenal menerusi filem box-office seperti Mann, Lajja, Bombay dan Dil Se adalah survivor kanser ovari. Dia didiagnos dengan kanser ovari pada 2012 dan berjaya membedah keluar tumor tersebut pada 2015. Kini, Manisha banyak memberi ceramah motivasi dan bekerjasama dengan badan bukan kerajaan dalam menyedarkan komuniti pedalaman di Nepal mengenai penyakit itu.
Amitabh BachanPenyakit dihidapi Amitabh Bachan agak rumit dan mungkin bukan mudah untuk seseorang menghadapinya. Lelaki yang pernah dan masih dilihat sebagai raja Bollywood sedang sengsara dengan penyakit yang dikenali ruptur limpa dan miatenia gravis. Segalanya berlaku ketika rakaman filem Coolie pada 1982 di mana dia kehilangan banyak darah dan limfanya pecah. Dia pernah diumumkan mati secara klinikal bagaimanapun berjaya sembuh dalam menghabiskan rakaman filem itu. Ia diikuti penyakit miatenia gravis yang berlaku kerana terputusnya komunikasi antara saraf dan otot sekaligus membawanya kepada tekanan melampau.
Catherine Zeta-JonesSiapa sangka, wanita Latin menawan ini didapati mendaftar masuk ke pusat kesihatan mental untuk rawatan penyakit bipolarnya pada April 2013. Dua tahun sebelum itu, isteri kepada Michael Douglas, pemenang anugerah Oscar berusia 48 tahun itu, juga tinggal di pusat kesihatan yang sama selama beberpa lama untuk merawat kondisi Bipolar II (sejenis gangguan yang dikategorikan sebagai kecelaruan minda). Kalau tak kenal Catherine Zeta Jones, tonton balik filem The Mask of Zorro, America’s Sweetheart dan The Terminal.
Jack OsbourneAnak kepada pasangan terkenal Ozzy Osbourne dan Sharon Osbourne ini juga personaliti TV terkenal menerusi siri The Osbournes (2002–05), wartawan penjelajahan dan kecergasan siaran, hos rancangan Jack Osbourne: Adrenaline Junkie (2005–09) dan Saving Planet Earth (2007) BBC juga tidak terkecuali daripada penyakit kronik. Dia didiagnos dengan penyakit sklerosis berganda pada 2012, sejenis penyakit progresif yang muncul akibat kekeliruan dalam sistem kekebalan tubuh yang menyerang selaput pelindung saraf (mielin) dalam otak dan saraf tulang belakang. Jack menyedari wujud masalah kesihatan pada dirinya selepas mendapati penglihatan merosot, dia hilang hampir 80% penglihatan.
Anita Mui Yim Fong (1963-2003)Dikenali sebagai Madonna Asia, Anita Mui yang berasal dari Hong Kong adalah diva muzik Kantonis yang terkenal bukan sahaja kerana suara tetapi gaya tarinya. Dia dikesan menghidap penyakit kanser serviks (diumumkan pada 2003) dan meninggal dunia pada usia 40 tahun (juga 2003) selepas beberapa lama bertarung nyawa. Mui terkenal dengan Kantopop dan muzik gaya Gantai dan antara penyanyi wanita Cina bertaraf antarabangsa. Sebelum meninggal dunia, Anita Mui banyak mengendalikan konsert berupa kebajikan dan aktif dalam kempen pro-demokrasi di Hong Kong.
Yao Beina (1981-2015)Beina adalah penyanyi Cina terkenal dengan lagu Let It Go dari filem Frozen versi Mandarin. Masih muda iaitu berusia sekitar awal 30an, wanita ini meninggal dunia selepas didiagnos dengan penyakit kanser payu dara pada Mei 2011. Beina menulis wasiat menyerahkan tubuhnya digunakan untuk sains perubatan selepas kematiannya. Bagaimanapun hanya kornea miliknya sahaja yang didermakan.