Laungan azan gagalkan niat perompak

Laungan azan gagalkan niat perompak

Mereka yang ketika itu sedang belajar mengaji al-Quran di sebuah bilik di kedai terbabit dipimpini seorang ustaz.

rompak
fmt-ohsem-inside-article1Hasrat perompak untuk meneruskan rompakan di kedai emas tergendala selepas pemiliknya melaungkan azan.

Mungkin terkesan secara emosi, atau menyedari kesilapannya untuk seketika itu, perompak yang sudah pun mengambil wang tunai dan barangan kemas bernilai RM40,000 tidak melanjutkan niatnya membuka cermin yang menempatkan barangan kemas selepas itu.

Kejadian yang berlaku pagi semalam di Jalan Buluh Kubu, Kota Bharu, ketika anak
pemilik kedai, Yuni, 18 sedang bersama ibunya iaitu pemilik kedai emas milik keluarga yang sudah beroperasi sejak 10 tahun.

Mereka yang ketika itu sedang belajar mengaji al-Quran berada di sebuah bilik di kedai terbabit dipimpini seorang ustaz.

“Tiba-tiba seorang lelaki berusia 30-an masuk mengacukan parang ke leher ustaz dan mengugut ibu menyerahkan telefon bimbit yang dipegangnya.

“Dia mengambil beg tangan ibu yang mengandungi wang dan barang kemas seperti rantai, loket serta gelang yang berada di meja berdekatan,” jelas Yuni seperti dipetik dalam laporan Berita Harian Online.

Dalam percubaan akhir sebelum melarikan diri itulah ibunya melaungkan azan.

Walaupun sistem kamera litar tertutup (CCTV) kedai emas itu rosak, Yuni akui CCTV milik kedai jirannya berjaya merakam wajah suspek.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Ismail Mat Sidik mengesahkan kejadian tersbeut dan akui suspek masih belum dikenal pasti.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.