Pelakon watak Tinky Winky Teletubbies akan diingati

Pelakon watak Tinky Winky Teletubbies akan diingati

Anak lelaki Shelton, Henry yang turut dikenali sebagai Simon Barnes memberitahu, bapanya meninggal dunia pada 17 Januari lalu.

purple
fmt-ohsem-inside-article1Peminat pelakon Simon Shelton, yang terkenal dengan watak Teletubby ungu, Tinky Winky diberi penghormatan terakhir selepas menghembuskan nafas terakhir pada usia 52 tahun.

Pelakon Emily Atack dalam satu muatnaik status berkata, “Pak cik kesayangan dijemput Tuhan secara mengejut.”

Emily yang popular dengan lakonan komedinya juga menyifatkan Shelton sebagai “lelaki paling berbakat yang pernah ditemui sesiapa”.

Shelton memainkan watak Tinky Winky selepas pelakon asal Dave Thompson dipecat pada 1997.

Selain itu, beliau juga berlakon sebagai The Dark Knight dalam rancangan TV kanak-kanak, Incredible Games.

Anak lelaki Shelton, Henry yang turut dikenali sebagai Simon Barnes memberitahu, bapanya meninggal dunia 17 Januari lalu.

Teletubbies pada asalnya disiarkan di saluran BBC bermula 1997 hingga 2001 dan menghasilkn single pertamanya, Teletubbies say ‘Eh-oh!’, pada Disember 1997.

Pada 2008, Shelton pernah berkata tidak menyangka Teletubbies dan wataknya sebagai Tinky Winky akan diterima besar.

“Pada mulanya saya ragu-ragu jika ia akan menjadi satu watak besar, tetapi sebaik bermula saya dapat rasakan ia istimewa,” katanya.

Siri asal Teletubbies ditonton sekitar satu bilion kanak-kanak daripada 120 buah negara dalam 45 bahasa.

Shelton, bapa kepada 3 orang anak tinggal di Ampthill di Bedfordshire.

 

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.