
Dari kiri atas: Laura Dern, Margot Robbie dan Timothee Chalamet
Dari kiri bawah: Janet Mock, Jane Fonda dan Mary J Blige (Gambar Reuters)

Fesyen dan majlis anugerah tidak boleh dipisahkan. Pada majlis anugerah khususnya yang bertaraf antarabangsa, pakaian menjadi salah satu tarikan lensa kamera jurugambar.
Hari ini, pada majlis anugerah Oscar, artis atau selebriti dan orang kenamaan antarabangsa tidak ketinggalan mempamerkan fesyen terbaik mereka.
Jika pada majlis anugerah Gloden Globe dan Grammy, rata-rata memilih pakaian serba hitam sebagai menyokong kempen #MeToo, anugerah Oscar pula dipenuhi warna dan keglamoran gaya.
Pakaian serba putih atau rona putih seperti beige, krim dan warna pudar putih diserasikan padanan aksesori seperti manik, batu jem serta corak minimal turut menjadi pilihan.

Selain itu beberapa lagi artis tampil dengan ”statement” fesyen apabila mengenak rekaan yang berani serta unik, mungkin pelik.
Misalnya pemuzik, St Vincent yang memakai “playsuit” rekaan Saint Laurent serba hitam dengan sebelah lengan kembang tanpa leher pastinya menjadi “showstopper” semua orang yang mengikuti acara Oscar.
Selain itu, pakaian tona ungu Salma Hayek yang menggunakan bahan kilauan, sarat dihiasi batu gem dengan rekaan bertingkat, seperti bangunan Taipei 101, juga menarik perhatian ramai.

Whoopi Goldberg dan Andra Day pula, fabrik bercorak berat dengan motif flora juga menjadi pilihan di atas pentas karpet merah Oscar.
Tidak ketinggalan, beberapa artis mengekalkan ciri klasik seperti warna biru dengan potongan kembang ditengah dan skirt belah oleh Nicole Kidman; dress tona perak sarat dengan manik dan rumbai oleh Gal Gadot serta gaya kasual tetapi menawan Emma Stone yang berbaju sut merah hati dan seluar hitam dengan reben pink di pinggang.

Pelakon, penyanyi dan penari, Rita Moreno pula memilih mengguna pakai semula fesyen yang dipakainya 56 tahun dulu, iaitu pada majlis Oscar 1962!
Pakaian itu dipakai ketika beliau memenangi anugerah pelakon pembantu terbaik bagi wataknya dalam filem “West Side Story” diakui direka dan dihasilkan di Filipina.