

Tun Mahathir Mohamad tidak ketinggalan memuatnaik rakaman ucapan selamat kepada pasangan Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa dan Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin sempena kelahiran anak pertama mereka pagi tadi.
Dalam video yang dimuatnaik menerusi laman sosial Instagram chedet.official milik Mahathir, beliau berkongsi kegembiraan pasangan popular negara itu.
“Saya amat gembira mendengar berita Dato’ Seri @ctdk telah selamat melahirkan cahaya mata yang pertama pagi tadi dan kedua-dua mereka dalam keadaan sihat. Tahniah saya ucapkan kepada Siti dan Dato’ Seri Khalid. Berita ini pasti menggembirakan seluruh rakyat Malaysia. Ia adalah nikmat yang tak terhingga nilainya,” tulisnya dalam status beliau.
Selain ucapan bertulis beliau juga mengucap secara lisan.
“Inilah satu berita baik yang kita terima di waktu ini dalam keadaan yang ramai kurang senang dengan keadaan tetapi kelahiran anak pertama ini adalah satu nikmat yang tidak….” katanya dalam rakaman itu yang bagaimanapun terputus sebelum beliau sempat menamatkan ayatnya.
Mahathir kerap kali dilihat berkongsi ucapan dan pendapat dalam laman sosial Twitter khususnya kepada selebriti tanah air Siti Nurhaliza.
Bagaimanapun beliau baru sahaja membuka akaun di Instagram 4 hari yang lalu dan diikuti oleh 68.7 ribu netizen setakat ini.
Siti Nurhaliza melahirkan bayi seberat 3.55 kilogram pada pagi ini dan dilapor dalam keadaan baik dan sihat.
Beliau dengan Khalid atau lebih dikenali dengan panggilan Datuk K pada 21 Ogos 2006 di Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Duta, Kuala Lumpur.