Kanak-kanak tadika baca berita cuaca jadi sensasi YouTube

Kanak-kanak ini bawa projek tadikanya ke tahap baru. (Gambar Youtube)

Kanak-kanak berusia 6 tahun bernama Carden Corts jelas sekali mempunyai masa depan dalam kewartawanan siaran.

Carden membawa projek tadikanya ke tahap baru dengan menghasilkan video dirinya menjadi wartawan cuaca. Rakaman itu dilakukan oleh ayahnya yang merupakan ketua rangkaian video digital.

Bapa Carden, Charlie berkata, “Apabila saya melihat kertas projeknya saya memikirkan, inilah masa yang saya tunggu-tunggu sepanjang hidup saya. Tentu sekali! Tetapi saya tidak tahu kami akan berseronok dan menghasilkan video yang penuh humor bersama-sama.”

“Carden sangat bersahaja dan selamba. Saya memberitahunya apa yang perlu diperkatakan dan dia mengikutnya sahaja. Dia kelakar,” tambah Carden yang berasal dari Nashville, Tennesse kepada Yahoo News.

Video itu dikongsi di Reddit dan YouTube dengan lebih 1.78 juta tontonan dan lebih 1,700 komen sejak dimuatnaik Rabu lalu.

Ramai akui ia bacaan cuaca paling comel pernah mereka tonton selain berkata mereka menonton video itu berkali-kali.