
Bagaimanapun, seorang pekerja mendakwa beliau hanya dibenarkan berkahwin dan hamil mengikut jadual, iaitu selepas berumur 35 tahun.
Amalan pelik itu didedahkan suami seorang pekerja taman asuhan kanak-kanak di wilayah Aichi yang mendakwa dibuli majikan kerana “terhamil” sebelum gilirannya.
“Kami pada awalnya bertemu dengan pengarah di pusat jagaan kanak-kanak untuk memohon maaf atas kehamilan tidak dijangka itu.
“Walaupun kami dimaafkan, tetapi beliau mula bertindak kasar dengan memarahi isteri saya.
“Isteri saya didakwa mementingkan diri kerana melanggar peraturan dan beliau kini rasa bersalah,” katanya dipetik Daily Mail.
Suami itu mendedahkan tindakan majikan itu menerusi sepucuk surat kepada akhbar Mainichi Shimbun, bulan lalu.
Susulan itu, lebih ramai pekerja, khususnya wanita turut tampil menceritakan pengalaman mereka.
Kebanyakan wanita itu mendakwa mereka hanya dibenarkan hamil selepas berusia 35 tahun, di mana wanita lazimnya akan mengalami masalah kesuburan pada usia itu.
Menurut laporan akhbar tempatan, amalan itu dilaksanakan syarikat yang mempunyai majoriti pekerja wanita bagi mengelakkan ia menjejaskan produktiviti.