Kahwin muda sebab takut tidur seorang

Kahwin muda sebab takut tidur seorang

Remaja perempuan berusia 14 tahun berkahwin dengan pasangannya berusia 15 tahun.

Free Malaysia Today
Pasangan remaja dari daerah Bantaeng, Sulawesi Selatan, Indonesia yang menjadi tajuk akhbar kerana berkahwin pada usia muda. (Gambar Tribune News)

Seorang remaja perempuan yang baru berusia 14 tahun melangsungkan perkahwinan dengan remaja lelaki yang berusia 15 tahun selepas permohonan perkahwinan mereka diluluskan pihak berkuasa daerah di Indonesia.

Pasangan remaja yang berasal dari daerah Bantaeng, Sulawesi Selatan itu menjadi viral di media sosial selepas mendaftarkan diri untuk mengikuti kelas bimbingan perkahwinan.

Menariknya, remaja perempuan yang kini hamil menafikan dia dipaksa, sebaliknya mengambil keputusan berkahwin kerana takut tidur seorang apabila sering ditinggalkan sendirian di rumah selepas ibunya meninggal dunia dan bapanya kerap ke luar daerah untuk urusan perniagaan.

Menurut laporan akhbar tempatan, walaupun Pejabat Hal Ehwal Agama Daerah Bantaeng menolak pendaftaran perkahwinan kerana faktor usia tetapi diluluskan selepas rayuan di Mahkamah Agama Bantaeng.

Sememangnya, undang-undang di Indonesia hanya membenarkan pasangan dengan usia minimum 16 tahun bagi perempuan dan 19 tahun bagi lelaki untuk berkahwin.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.