
Pasti ramai yang tidak dapat menafikan komitmen pelakon bernama Johnny Depp yang sedia membawa perubahan dari segi identiti dan imej diri untuk watak tertentu filem yang dilakonkan.
Daripada watak Willy Wonka dalam filem Charlie and The Chocolate Factory hingggalah sebagai Jack Sparrow dalam filem Pirates of Carribean, hampir semua watak mempunyai signifikan tertentu.
Namun, pendedahan terbaru melibatkan pelakon itu tidak begitu menggembirakan hati peminatnya.
Ini kerana peminat Johnny Depp bimbang melihat imej terbaru pelakon yang kelihatan seperti lemah dan sedang sakit.
Perkara itu didedahkan menerusi beberapa keping rakaman gambar foto Depp bersama peminat sewaktu berada di Hotel Four Seasons di St. Petersburg, Rusia untuk menghadiri satu konsert jelajah bersama kumpulan muziknya, The Hollywood Vampires.

Gambar-gambar menunjukkan Depp yang pucat dan kurus mencetus kebimbangan dalam kalangan netizen yang terus berharap pelakon itu sihat dan berupa demikian untuk filemnya.
“Adakah itu Johnny Depp? Apa yang telah Hollywood lakukan terhadapnya,” Tweet Lucy Cross.
Depp dikatakan lebih kelihatan seperti pesakit kanser yang sedang berubat.
Pelakon Alice in the Wonderland ini menyertai Hollywood pada 1984 itu juga bakal menyambut ulang tahun ke-55 pada 9 Jun depan.