Kanak-kanak ini viral kerana lagu ‘Perfect’, Ed Sheeran

Kanak-kanak ini viral kerana lagu ‘Perfect’, Ed Sheeran

Persembahan itu dipercayai dibuat pada majlis Hari Raya di sebuah sekolah, kemungkinan besar di dalam bilik darjah.

Video seorang kanak-kanak menyanyikan lagu ‘Perfect’ oleh Ed Sheeran sedang viral di laman sosial selepas si kecil itu dikatakan menyampaikannya secara sempurna dan comel.

Laman sosial Facebook Cempedak Cheese berkongsi video itu dibanjiri komen rata-rata memuji kanak-kanak yang mempunyai sebutan bahasa Inggeris yang betul selain membawa lagu tersebut secara baik dan menarik.

Ekoran itu, rakaman yang berdurasi selama 1.52 minit dikongsi lebih 3,700 kali dan ditonton lebih 191,000 kali.

Persembahan itu dipercayai dibuat pada majlis Hari Raya di sebuah sekolah, kemungkinan besar di dalam bilik darjah.

Kanak-kanak yang berbaju Melayu hijau lengkap dengan sampin dan songkok itu bernama Fahmi berdiri di depan pentas dan memberitahu gurunya di mahu menyanyi.

“Lagu apa,” tanya guru wanita itu.

“Perfect….. perfect…..,” katanya beberapa kali dengan membisik pada telinga guru yang kelihatan kabur dengan tajuk tersebut.

Lebih melucukan, guru itu bertanya kepada kanak-kanak lain jika ‘Perfect’ merupakan lagu raya.

Apapun Fahmi mempunyai masa depan yang baik dalam bidang nyanyian kerana membawa lagu itu dengan baik sekali.

https://www.facebook.com/CempedakCheeseOfficial/videos/1320932538037645/

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.