
PETALING JAYA: PAS akan ‘gam’ mana-mana pemimpinnya yang mengeluarkan kenyataan ekstrem sehingga mencemarkan imej parti ketika berkempen sempena PRU15, kata presidennya, Abdul Hadi Awang
Katanya, tindakan sedemikian kadang-kala berlaku disebabkan provokasi dan pemimpin dan penceramah perlu bijak menangkis soalan atau berhati-hati ketika berceramah, lapor Berita Harian.