
GEORGE TOWN: Oh Tong Keong kelihatan bersedia untuk menepis label “tak tahu malu” yang sebelum ini dilemparkan terhadapnya oleh penduduk tempatan ketika cuba mendapatkan kerusi DUN Pantai Jerejak untuk kali kedua.
Selepas diejek dan dihalau ketika berkempen di bawah lambang Barisan Nasional (BN) untuk kerusi berkenaan pada 2018, pengerusi Gerakan Pulau Pinang itu kali ini tampil lebih berani.
Keadaan mula berubah apabila lebih ramai mula menerima Gerakan biarpun dikaitkan dengan Perikatan Nasional (PN) dan “Gelombang Hijau”.