
Polis menganggarkan 43,000 orang menyalakan lilin dan berarak pada Sabtu malam. Menurut penganjur pula, kira-kira 100,000 orang turun ke jalanraya.
Kedudukan Park Geun-hye digugat skandal membabitkan seorang kawan lama yang didakwa mengambil kesempatan daripada hubungannya dengan presiden untuk mencampuri urusan negara.
Park berikrar untuk bekerjasama dengan pendakwaraya dalam siasatan mereka.
Rakyat Korea berang dan menganggap Park sudah mengkhianati kepercayaan mereka dan menyalah urus kerajaannya. Park merupakan pemimpin Korea Selatan terbaharu yang terpalit skandal membabitkan ahli keluarga atau kawan.
Park bertindak memecat ramai penasihatnya susulan krisis ini. Bekas pembantunya, Jeong Ho-seong ditahan pada Khamis kerana disyaki membocorkan maklumat sulit, kata seorang pegawai pendakwaraya kepada Reuters.
Tiada seorang pun presiden Korea Selatan gagal menghabiskan penggal 5 tahun mereka, tetapi Park berdepan desakan yang semakin hebat daripada orang ramai dan pembangkang supaya meletak jawatan.