
Ia susulan lambang swastika dilukis di sebuah taman di Brooklyn, New York yang dinamakan sempena mendiang Adam Yauch, pemain bass dan penyanyi Beastie Boys yang giat berkempen untuk hak kemanusiaan.
Logo tersebut ditemui pada pagi Jumaat beserta ayat “Go Trump” di sebuah kereta api mainan di taman itu.
Petugas bandar raya serta merta memadamkan lukisan itu, dan menjelang Ahad, kawasan itu dibanjiri bunga dan pelbagai mesej keharmonian, di samping bendera Tibet sebagai penghormatan kepada Yauch yang menganut agama Buddha.
Horovitz dengan seorang lagi bekas ahli kumpulan Beastie Boys, Mike Diamond, dalam kiriman Twitter mereka berkata: “Kebencian tiada tempat di Brooklyn, New York atau Amerika. Sertai kami Ahad ini membantar mesej kebencian.”
Menurut sebuah kumpulan pemantau ekstremisme, Southern Poverty Law Center (SPLC), grafiti seumpama itu timbul di beberapa tempat di Amerika Syarikat sejak kemenangan Trump dan mencetuskan kemarahan media sosial.
Ahli majlis New York Brad Lander dalam kiriman Twitter mengkritik Trump kerana gakal mengutuk lukisan lambang swastika atas namanya.
Trump sebelum ini bagaimanapun mengkritik barisan pelakon “Hamilton” selepas pelakon utamanya mendesak bakal naib presiden Mike Pence yang hadir pada satu pementasan, supaya memastikan pentadbiran AS yang akan datang menghormati kepelbagaian kaum, budaya dan masyarakat.
Gabenor New York, Andrew Cuomo and Datuk Bandar Bill de Blasio berkata mereka tidak akan bertolak ansur terhadap sebarang kenyataan berbaur perkauman, dan mengumumkan beberapa langkah melindungi golongan minoriti seperti umat Islam, Yahudi dan pendatang.
Cuomo turut mengumumkan penubuhan sebuah pasukan polis khas menangani jenayah perkauman dan tabung membantu masyarakat pendatang.