
Pengkritik sukan itu berkata, kerajaan perlu mempertimbangkan ia sebaik mungkin agar penganjurannya tidak membawa kepada kebangkrapan negara.
“Saya rasa mahal sangat (penganjuran Formula Satu – F1) dan tidak begitu popular di kalangan rakyat. Paling penting, rakyat mesti berminat.
“Jika bola sepak misalnya boleh tarik sampai 100,000 ribu penonton dan seharusnya ia diberi keutamaan,” katanya ketika dihubungi FMT hari ini.
Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Datuk Seri Nazri Aziz yang menyatakan Malaysia tidak akan lagi menjadi tuan rumah bagi perlumbaan F1 bermula 2018 kerana acara itu gagal memberikan keuntungan.
Menteri pelancongan dan kebudayaan itu berkata negara terpaksa menanggung RM300 juta setahun untuk menganjurkan acara itu dan “tidak mendapat pulangan” sewajarnya.
Beliau berkata Malaysia tidak akan melanjutkan lagi perjanjian sebaik saja ia tamat pada 2018.
Selain Malaysia, Singapura pada 21 November lalu juga dilaporkan mungkin tidak akan meneruskan penganjuran F1 selepas kontraknya tamat pada 2017
Mengulas lanjut, Kay Kim berkata, pada zaman sekarang adalah amat berbeza dengan pada zaman dahulu yang mementingkan aspek kewangan.
“Sangat-sangat penting (wang). Setiap kali sebuah negara menjadi tuan rumah, berapa juta perlu dibelanjakan?” soalnya.