
Beliau antara mereka yang menghadiri ulang tahun ke-3 “Hari Memperingati MH370” di Publika hari ini. Himpunan tahunan ini menjadi medan untuk mereka bertemu dan membincangkan langkah seterusnya selepas pihak berkuasa menggantung usaha pencarian pesawat.
“Ini peluang yang baik untuk semua ahli keluarga berkumpul membincangkan langkah seterusnya,” katanya.
“Pengalaman yang sangat menguji perasaan dan banyak linangan air mata. Susah hendak percaya sudah 3 tahun berlalu,” kata Lawton, yang kehilangan ibu bapanya, Bob Lawton dan Kathy Lawton, apabila pesawat yang membawa 239 penumpang hilang dari radar pada 8 Mac 2014.
“Sayaharap lebih banyak bukti ditemui dan kita mahu pencarian diteruskan.”
Pada 17 Januari, Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai mengumumkan pencarian MH370 akan digantung sehingga bukti kukuh diperolehi.
Keluarga mangsa mempertimbangkan untuk mengumpul dana membiayai pencarian sendiri.
Jurucakap kumpulan sokongan waris, Suara 370, Grace Subathirau Nathan berkata rancangan sementara adalah mengumpul sekurang-kurangnya RM67 juta untuk membiayai pencarian itu.
“Kami mahu membiayai pencarian di utara kawasan pencarian sebelum ini.
“Bagaimanapun, kita tidak akan memulakan kutipan dana sehingga kita betul-betul yakin kerajaan terlibat tidak akan meneruskan pencarian dan apabila data semasa disemak dan dikaji sepenuhnya.
“Rancangan ini masih di peringkat awal tetapi kami akan lakukannya apabila semua tersedia,” katanya.
Grace berkata kumpulan itu memulakan perbincangan dengan pihak berkuasa dan pakar, termasuk David Gallo yang membantu dalam pencarian pesawat Air France penerbangan 447 terhempas di Lautan Atlantik pada 2011.
“Kami juga sedang bercakap dengan Biro Pengangkutan dan Keselamatan Australia dan mereka berikrar untuk membantu kami,” tambahnya.
“Kami terima respon positif dan sedang menyiapkan garis masa peringkat awal ini. Jadi, kami harap ia akan terbentuk dalam beberapa hari lagi.”
Jacquita Gomes, isteri kepada Patrick Gomes yang merupakan ketua pragamurara MH370, berkata kempen dana akan dijalankan secara atas talian. Menurut beliau tidak penaja setakat ini.
“Kami berharap orang-orang berpengaruh akan tampil dan membantu kami.”
Beliau berkata hari peringatan tahunan ini suatu platfrom yang baik untuk ahli keluarga berkongsi perasaan.
“Kami saling memahami perasaan dan bagus akhirnya dapat bersemuka daripada berkomunikasi melalui WhatsApp sahaja.”