PPBM harap Dr M dilantik pengerusi Pakatan

PPBM harap Dr M dilantik pengerusi Pakatan

PPBM bagaimanapun bersedia menerima sebarang keputusan atas prinsip musyawarah.

ppbm
PETALING JAYA: PPBM hari ini menafikan ia cuba mendominasi Pakatan Harapan (PH) dengan menuntut jawatan tertinggi presiden dan pengerusi gabungan itu, sebaliknya berkata bersedia berkompromi melalui perbincangan dengan 3 rakan komponen lain.

Ketua Penerangan PPBM, Datuk Kamarudin Md Nor berkata parti itu kini cuma mencadangkan agar jawatan pengerusi PH diberikan kepada Pengerusi PPBM, Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Cadangan asal PPBM untuk meletakkan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai presiden PH adalah untuk memantapkan kepimpinan PH secara keseluruhannya dalam menghadapi PRU 14 berasaskan pengalaman luasnya menerajui jentera pilihan raya.

“Namun PPBM sedia berkompromi bagi jawatan presiden PH atas semangat musyawarah,” katanya.

Kamaruddin berkata partinya sudah menyampaikan cadangan itu pada mesyuarat PH pada 9 Jun, dan bersedia menerima sebarang keputusan sekiranya ia dipersetujui sebulat suara oleh parti lain.

PH turut dianggotai PKR, DAP dan Amanah. Gabungan itu berhasrat menyertai PRU akan datang menggunakan logo sama.

Semalam, Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata gabungan itu terpaksa menunda tarikh pendaftarannya sehingga selesai beberapa keputusan menyentuh struktur organisasi.

Mesyuarat PH tegang di sebalik usaha pinggirkan Muhyiddin, lantik Dr M

Pakatan Harapan tunda pendaftaran, masih bincang struktur

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.