
Langkah itu bertujuan memastikan Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (Mavcom) mempunyai sumber kewangan mencukupi untuk melindungi hak dan kepentingan pengguna, dan pembangunan industri penerbangan di negara ini.
Peruntukan tersebut turut memberikan kuasa kepada Mavcom untuk mengenakan penalti, dan mengenakan serta mengutip caj dari penumpang di lapangan terbang serata Malaysia untuk perkhidmatan kawalselia yang dijalankan Mavcom.
RUU itu dibentangkan untuk bacaan pertama hari ini. Ia mahu membantu Mavcom mengawal fi dan caj yang tidak adil dan sembarangan yang dikenakan oleh penyedia perkhidmatan penerbangan.
Ia juga mahu meminda Fasal 2 akta tersebut, mengenai takrif “hak trafik udara” berhubung dengan laluan domestik dan antarabangsa, iaitu hak sebuah syarikat penerbangan yang diberi lesen oleh Mavcom untuk menyediakan perkhidmatan udara di laluan berjadual dalam negara. Hak trafik udara turut melibatkan kawasan perkhidmatan dan jenis pesawat yang digunakan.
Pindaan juga mahu menyatakan Mavcom diberi fungsi untuk mentadbir, membuat peruntukan dan mengurus hak trafik udara domestik dan antarabangsa.
Fasal 9 RUU itu mahu menyemak semula pembangunan pesat industri penerbangan, di mana peruntukan baharu itu akan memudahkan pelaksanaan amalan terbaik dalam rangka masa tersingkat.
Peruntukan baharu itu juga membolehkan suruhanjaya mengenakan penalti ke atas kesalahan mengingkari sebarang garis panduan atau pekeliling.