Banjir di Melaka pulih sedikit

Banjir di Melaka pulih sedikit

Sejumlah keluarga masih berada di pusat pemindahan di Jasin dan Alor Gajah

banjir-m3laka
MELAKA:
Jumlah mangsa banjir ditempatkan di 5 pusat pemindahan di Jasin dan Alor Gajah menurun sedikit kepada 183 orang setakat 8.00 pagi ini berbanding 198 orang malam tadi.

Banjir juga dilaporkan semakin surut.

Ketua Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Melaka Lt Kol (PA) Effendy Ali berkata, Jasin masih mencatat jumlah mangsa banjir tertinggi iaitu 121 orang daripada 31 keluarga, manakala Alor Gajah 62 orang daripada 14 keluarga.
“Di Jasin, seramai 107 orang melibatkan 27 keluarga ditempatkan di Sekolah Kebangsaan (SK) Tehel dan 14 orang daripada empat keluarga di Balai Raya Seri Mendapat.

“Bagi Alor Gajah, 13 orang melibatkan 4 keluarga di Balai Raya Kampung Seri Jeram, 18 orang daripada 5 keluarga di Tadika JAIM Kampung Pulau dan 31 orang daripada 5 keluarga di SK Belimbing Dalam,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Effendy, yang juga Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Melaka berkata keadaan cuaca di Melaka ketika ini baik.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.