Bas terjunam ke sungai selepas penumpang, pemandu bergaduh

Bas terjunam ke sungai selepas penumpang, pemandu bergaduh

Insiden itu menyebabkan 13 orang meninggal dunia dan 2 lagi hilang dengan polis mengatakan tiada yang terselamat.

Bas penumpang terjunam ke dalam Sungai Yangtze di barat daya China. (Gambar AP)
PETALING JAYA:
Sebuah bas terjunam ke dalam sungai di barat daya China selepas dipercayai berlaku pertengkaran antara seorang penumpang dengan pemandunya, lapor agensi berita Xinhua.

Memetik kenyataan polis wilayah Chongqing, satu video dari kamera pengawasan bas terbabit yang berdurasi 8 saat menunjukkan kedua-dua mereka bergaduh sebelum bas terbabit terbabas ke laluan bertentangan dan terjunam ke dalam Sungai Yangtze.

Menurut polis lagi, penumpang wanita itu mula bertengkar dengan pemandu tersebut selepas dia terlepas perhentiannya.

Bas itu kemudiannya bertembung dengan kereta yang datang dari arah depan sebelum menghentam tembok dan terjunam ke dalam sungai pada Ahad. Penyelamat menjumpai bangkai bas pada malam Rabu.

Dalam insiden itu, 13 mayat dijumpai dalam sungai dan 2 lagi hilang. Tiada mangsa dipercayai terselamat.

 

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.