Dijamin sedap! Pasta bake ala FMT Ohsem

Dijamin sedap! Pasta bake ala FMT Ohsem

Dengan kerak keju keemasan, resepi mudah ini buat anda rasa seperti Jamie Oliver

Bosan dengan nasi berlauk? Mahu cuba sesuatu yang baru, mudah dan cepat untuk makan malam bersama keluarga?

Hanya dengan 4 rencah utama, kami kongsikan resepi Pasta Bake yang mudah untuk anda cuba di rumah. Apa yang paling penting, penyediaan bahan dan masa memasak hanya 45min!

Bahan-bahan

  • Pasta (boleh diubah mengikut kehendak anda)
  • Bawang putih
  • Sos pasta
  • Ayam
  • Keju (boleh dapatkan yang sudah siap diparut, lebih mudah)
  • Daun parsley (jika mahu)
  • Garam/lada hitam

Cara masak

Rebus pasta mengikut arahan pembungkusan.

Tumis ayam yang telah didadu bersama bawang putih sehingga ayam separuh masak.

Masukkan sos pasta dan kacau sehingga ayam masak.

Tambah pasta yang telah ditoskan dan gaul rata.

Tuang pasta ke dalam dulang pembakar dan taburkan parutan keju. Pastikan ia memenuhi permukaan pasta!

Bakar selama 18 hingga 20 minit (sehingga kerak keju keemasan terbentuk) dengan suhu 200°C

Anda juga boleh memilih untuk menggantikan ayam dengan daging atau udang. Bagi yang vegetarian pula, anda boleh pilih hirisan cendawan butang segar.

Selamat mencuba!

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.