
Dalam laporan FMT bertarikh 13 November, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Hannah Yeoh memberitahu kebanyakan kes penceraian yang difailkan oleh pasangan adalah atas faktor yang remeh.
Ini termasuk ‘terlupa beli ikan selayang’ seperti yang dilapor hari ini.
Menurut statistik Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan(JAWI) sejak 2013 hingga 2017 sebanyak 2,932 kes peceraiaan di bawah usia perkahwinan 5 tahun bagi orang Islam di Wilayah Persekutuan termasuk Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan dan 14,440 kes direkodkan bagi tempoh sama bagi bukan Islam berdasarkan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).
Peliknya kes-kes perceraian yang dibawa ke muka pengadilan bukanlah disebabkan isu yang besar atau berunsur pengabaian dan penderaan sebaliknya atas faktor yang kita sendiri tak terfikir.
FMT Ohsem melayari laporan berita mengenai kes perceraian yang berlaku atas sebab remeh seperti yang dilapor:
1. Isteri suka ikuti rombongan
2. Isteri suka basuh baju pada waktu malam
3. Suami tak suka isteri makan dalam kereta
4. Berbeza fahaman politik
5. Tidur berdengkur
6. Pasangan gemar membeli belah
7. Sibuk melayan media sosial
8. Tertinggal barang di pasar
9. Rupa bentuk badan isteri tidak cantik
10. Punggung isteri menggerutu
Biarpun terlihat pelik dan tidak munasabah serta tidak masuk akal namun itulah realiti yang berlaku di kalangan suami isteri gagal mempertahankan perkahwinan mereka.

Bagaimanapun, perceraian membabitkan isu seperti ini bukan sahaja di Malaysia, malah seolah trend yang berlaku di seluruh dunia. Misalnya di Arab ramai pasangan wanita minta diceraikan kerana suami keluar bekerja, enggan belikan shawarma, bawa berjalan dan sebagainya.

Di barat, perceraian melibatkan alasan seperti pasangan tidak pandai bermain permainan video, tidak memiliki akaun Facebook dan berdengkur semasa tidur.