Petronas tegur Syed Saddiq utamakan keselamatan, larang guna telefon

Petronas tegur Syed Saddiq utamakan keselamatan, larang guna telefon

Gambar Saddiq mengisi minyak di stesen petrol dikecam kerana menggunakan telefon bimbit di premis larangan.

Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Abdul Rahman menerima teguran daripada Petronas supaya mengutamakan keselamatan dan tidak menggunakan telefon berhampiran pam minyak.

Ia berikutan menteri paling muda di negara memuat naik sekeping gambar sedang mengisi minyak di stesen Petronas.

Gambar itu dipercayai dirakam oleh salah seorang pembantunya ketika dalam perjalanan ke Cameron Highland untuk membantu jentera dalam pilihan raya kecil (PRK) di kawasan berkenaan

“Menteri drive sendiri boleh claim minyak tak…Going to Cameron Highland as Ketua Pemuda Harapan tanpa jentera kerajaan,” tweetnya.

Bagaimanapun pengakuan ikhlas tersebut dipandang serius oleh pihak Petronas yang menggesa beliau supaya mengutamakan keselamatan dan menasihatkannya supaya tidak menggunakan telefon berdekatan pam minyak.

“Terima Kasih singgah stesen Petronas! Walau bagaimanapun, keselamatan tetap diutamakan. Jangan guna telefon berdekatan pam minyak ya. Terima kasih juga kepada semua yang prihatin” tulis Petronas.

Ketua Pemuda Harapan itu juga dikecam kerana mahu menunjuk dirinya memandu sendiri ke tanah tinggi tersebut.

Posting it mendapat pelbagai reaksi netizen, dengan lebih 1,470 retweets dalam tempoh setengah jam.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.