Makanan berasaskan negeri tidak semestinya terkenal dalam kalangan rakyat negeri itu sahaja. Malah kegilaan dan minat terhadap sesetengah makanan menjadikannya diburu di mana-mana.

Kelantan adalah antara negeri yang popular kerana makanannya yang unik dan mempunyai pengikut tegar khususnya dalam kalangan rakyat negeri itu.
Tetapi bagi mereka yang sudah berlayar jauh ke Kuala Lumpur (KL) atas sebab-sebab seperti desakan ekonomi dan peluang kerjaya, rindu terhadap makanan kampung halaman pasti tidak dapat diubati.
Jangan risau, kami sudah jumpa pengubat anda!
FMT Ohsem melayari beberapa kawasan di Lembah Klang khususnya di KL untuk mencari kedai yang menjual makanan Kelantan khas untuk mereka yang bercitarasa Timur selain mahu menyelongkar kulinari unik negeri Cik Siti Wan Kembang.
1. Warung Kak Na Nasi Kerabu

Ia dibuka seawal jam 8 pagi dan anda boleh lihat dari jauh orang ramai beratur untuk menikmati nasi kerabu ayam bakar dan daging bakar.
Di sini, anda mempunyai banyak pilihan hidangan seperti kuih muih dari Kelantan dan makanan sarapan pagi yang lain.
Teringin? Jangan lupa singgah Warung Kak Na nasi kerabu, di Bandar Tasek Selatan iaitu berhadapan kodominium Tasik Height. Jika anda lihat ramai orang beratur itulah gerainya.
Warung Kak Na nasi kerabu ditutup setiap hari Isnin.
2. Nasi Kak Wok

Jika anda bertanya kepada penduduk setempat di Kelantan, mereka pasti akan menjelaskannya sebagai nasi putih yang berlaukkan ayam goreng dipotong saiz dadu, lengkap dengan kuah gulai pekat dan sambal belacan.
Jika anda hendak mencuba nasi Kak Wok asli Kelantan, apa kata bertandang ke Kak Wok Sri Permaisuri.
Kedai ini dibuka setiap hari, dan ditutup sekejap pada hari Jumaat.
3. Anis Puteri

Jadi cepat-cepatlah serbu restoran di Jalan Pantai Dalam ini.
Di sini, lauk yang paling di minati ialah gulai kawah daging dan gulai itik serati. Restoran Anis Puteri menghidangkan pelbagai jenis lauk pauk asli Kelantan.
Pasti anda rambang mata memilih lauk kegemaran sewaktu makan tengah hari kerana begitu banyak pilihan pilihan yang ada.
Ingat! restoran ini ditutup setiap hari Jumaat.
4. Red Warrior

Majoriti pelanggan yang datang ke sini suka makan kuih seperti Cek Mek Molek, lompat tikam, akok, ubi goreng dan tapai goreng bersama teh ais.
Banyak lagi kuih yang dijual di Red Warrior jika anda tidak dapat makan di Kelantan bolehlah singgah ke sini. Harganya pun berpatutan sekitar RM2 hingga RM3 sebekas. Cek Mek Molek adalah kuih yang paling laris dijual kerana diminati oleh orang ramai.
Red Warrior terletak di Gombak ditutup setiap hari Jumaat.
5. Nasi berlauk Kelantan Kak Chik

Hebat tak?
Peniaga nasi berlauk ini mengambil bekalan makanan yan dimasak siap dibungkus dari nasi berlauk Kak Chik yan berpengkalan di Tumpat, Kelantan. Terdapat 6 menu yang dipasarkan menggunakan jenama Nasi Berlauk Kak Chik iaitu nasi berlauk ayam atau daging, nasi kerabu, nasi dagang, nasi berlauk ikan tongkol dan nasi tumpang.
Bagi anda yang teringinkan nasi berlauk Kelantan ‘asli’ air tangan 100% Kelantan, singgah sahaja ke gerai mereka berhadapan dengan sekolah Sains Selangor. Ia dibuka seawal jam 6 pagi setiap hari.
Okay, apa tunggu lagi? Jom serbu dan kongsi pengalaman anda bersama kami!
Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]