Temui Will Smith sebagai jin biru dalam filem Aladdin

Temui Will Smith sebagai jin biru dalam filem Aladdin

Filem yang ditulis oleh John August adalah kisah yang dihidupkan kembali dari filem animasi Aladdin pada 1992.

Filem Aladdin bakal menemui penonton di layar perak tidak lama lagi. Tetapi menariknya mengenai filem ini ialah watak jin yang bakal dimainkan oleh pelakon dan penyanyi tersohor Hollywood, Will Smith.

Baru-baru ini, pihak Disney berkongsi sekeping gambar menampilkan Will Smith yang botak tetapi bertocang di puncak kepala menampilkan dalam watak jin bagi filem Aladdin.

Sejak foto itu mula dikongsi Disember lalu ia mengesahkan kelibat pelakon yang mula dikenali menerusi sitkom Fresh Prince Bel Air sebagai pelakon yang membawa watak utama dalam filem berasaskan mitologi fantasi Arab.

Menurut Aceshowbiz, Smith akan tampil sebagai jin tetapi dalam warna biru, elemen yang akan dipertingkat dalam efek visual filem itu kelak.

Selain itu, Instagram rasmi Mario Power Marvel, DC dan Lego menerusi @mariopower.official turut memuatnaik sekeping gambar animasi menunjukkan watak jin Aladdin yang berwarna biru dengan wajah Will Smith sebagai sebahagian daripada promosinya.

Malah, sebaik gambar Will Smith tersebar, pelakon Men In Black itu juga tidak ketinggalan berkongsi berita baik tersebut di laman sosialnya.

“BAM!! Poster pertama mendedahkan jin, Puteri Jasmine dan Aladdin. Lihat saya bertoceng Ponytail dalam Entertainment Weekly (dan ya, saya akan menjadi BIRU!),” tulisnya dalam posting terbaru miliknya.

“Saya mahu seorang lelaki yang lahir pada tahun 70-an dan berotot untuk memainkan watak jin ini,” petik kata pengarah filem itu, Guy Ritchie kepada Entertainment Weekly.

Filem yang ditulis oleh John August adalah kisah yang dihidupkan kembali dari filem animasi Aladdin pada 1992.

Filem Aladdin arahan Ritchie ini akan dibintangi Mena Massoud (Aladdin) dan Naomi Scott (Jasmine), film ini akan ditayangkan dalam format live-action.

Menurut laporan, filem ini akan mengisahkan watak lelaki Aladdin yang jatuh cinta pada Jasmine. Aladdin memohon keinginannya untuk menjadi kekasih Jasmine dimakbulkan kepada jin dari lampu ajaib.

Namun dia berdepan pelbagai halangan dan cabaran apabila tarpaksa bersaing dengan watak jahat, Jafar yang turut mahu menguasai jin dan lampu ajaibnya.

Filem Aladdin dijangka ditayang pada 24 Mei akan datang.

https://www.instagram.com/p/Bs3wUe0HBDG/

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.