Membina dan memiliki otot sasa menjadi trend baru dalam kalangan remaja masa kini, tidak kira lelaki atau wanita.

Otot ini terhasil dari senaman mengangkat berat yang berpatutan serta pengambilan nutrisi yang daripada pemakanan khusus.
Namun, setelah mencapai usia tertentu, ramai yang mula ‘bersara’ daripada aktiviti fizikal dan otot-otot yang dibina suatu masa dahulu berubah menjadi lemak dan bersarang dalam tubuh.

Kumpulan ‘Strong Silver’ yang ditubuhkan pada 2013 untuk golongan warga emas di Singapura mempromosikan senaman ‘calisthenics’, aktiviti bersenam menggunakan berat badan mereka sendiri bagi mengerakkan semua otot-otot tubuh.

Satu rakaman video menunjukkan gelagat warga emas ini yang kelihatan lebih aktif dari orang muda semasa melakukan senaman tersebut viral di Facebook.
https://www.facebook.com/TeamStrongSilvers/videos/234383897465277/
Mereka menunjukkan aksi berpusing pada palang dan pegun di udara untuk beberapa saat dimana menggenggam kuat palang dan tiang besi pada kedudukan menegak, seolah-olah melawan graviti.

Kalau anda masih muda, ambillah semangat mereka sebagai pengajaran dan terus utamakan kesihatan dengan aktif melakukan senaman.