Badan anak asyik gatal, awasi serangan pepijat

Badan anak asyik gatal, awasi serangan pepijat

Jika sekali rumah diserang pepijat, memang susahlah untuk menghapuskannya.

Tidurlah dengan lena, jangan biarkan pepijat menggigit anda dan anak-anak di rumah. Pepijat atau hama tilam merupakan mimpi ngeri buat semua penghuni rumah.

Jika sekali rumah anda diserang pepijat, memang susahlah untuk menghapuskannya. Pepijat katil boleh hidup dalam apa jua keadaan. Badan yang leper membolehkan mereka untuk masuk ke celah-celah lubang kecil pada perabot dan tilam.

Walaupun pepijat tidak membawa penyakit merbahaya, mereka meninggalkan kesan merah hasil gigitannya yang boleh menyebabkan perasaan tidak selesa. Memang mustahil untuk tidur dalam keadaan gatal-gatal.

Jika anda sebagai orang dewasa tidak tahan dengan gatal-gatal, bagaimana pula dengan bayi dan kanak-kanak di rumah? Sebelum membuang barangan yang telah dihingapi pepijat, ikuti 5 langkah ini.

1. Bilik bayi

Jika anda digigit pepijat, bersihkan tempat tidur bayi dengan air sabun dan losyen calamine. Gel lidah buaya baik untuk mengurangkan kegatalan.

Pepijat sangat sukar untuk dikesan dan agak sukar untuk dihapuskan. Basuh baju anak dan cadar menggunakan air panas dan jemurkan pada cuaca panas.

Sental rangka katil untuk menghilangkan telur pepijat

Buangkan sahaja karpet lama di dalam bilik anak

Periksa bilik anak untuk melihat tanda-tanda pepijat ataupun kotoran

2. Bersihkan kereta

Pepijat juga boleh hidup dalam kereta. Anda perlu tahu bahawa kerusi bayi yang digunakan berpotensi tinggi menjadi sarang pepijat. Apa yang perlu dilakukan?

Bersihkan kereta dengan membasuh semua kerusi di dalamnya termasuk kerusi bayi. Jika boleh, jemurkan ia dibawa matahari agar ia membunuh pepijat dan telur yang ada.

Gunakan penyedut hampagas di bahagian kereta sepenuhnya termasuk tempat duduk dan pelapik kaki. Ini kerana pepijat akan hidup di bahagian belakang dan berlubang kereta.

3. Kereta sorong bayi

Pepijat juga akan hidup dalam kereta sorong bayi anda. Jika anda dapati ada pepijat di kereta sorong bayi, buang sahaja kerana ia sudah menjadi tempat tinggal pepijat. Ini kerana, anda sering kali menggunakan kereta sorong yang diletakkan semalaman di luar.

4. Mainan anak-anak

Mainan lembut seperti patung boneka atau buku kain harus dimasukkan ke dalam mesin pengering. Ia perlu dikeringkan dalam keadaan sederhana panas selama 30 minit.

Mesin pengering akan membunuh semua pepijat. Ingat selepas mengeringkan simpan semua mainan di dalam beg plastik atau kotak bersih sehingga selesai merawat pepijat di sekitar rumah.

Manakala mainan plastik dan kayu perlu dibersihkan menggunakan kain lembap yang panas. Lap semua permukaan mainan. Pastikan anda membersihkan mainan di semua bahagian termasuk di celah-celah mainan.

Bilas kain setiap kali ingin membasuh mainan yang lain. Jika mainan tersebut sangat rumit dan sukar dibersihkan letakkan mainan di dalam plastik dan masukkan ke dalam peti sejuk beku selama 4 hari.

Setelah mainan bersih, simpan semuanya ke dalam beg atau kotak plastik yang bersih sehingga rumah telah dirawat.

5. Taska kanak-kanak

Sebagai ibu bapa anda perlu menyemak taska anak ataupun kemudahan penjagaan anak mereka sekiranya melihat terdapat kesan gigitan pada badan anak mereka.

Apa yang boleh disarankan pada pihak sekolah ataupun taska adalah meminta meraka membasuh langsir setiap minggu.

Pesan pada anak untuk tidak berkongsi atau meminjam baju kawan. Jika anak anda pulang dengan barangan yang bukan miliknya, basuhlah barang tersebut dengan air panas supaya pepijat mati. Sebagai ibu bapa, semaklah beg galas anak dan barangan yang dibawa pulang dari luar rumah.

Hujung minggu ini bolehlah bersihkan rumah agar keluarga anda tidak diganggu pepijat.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email [email protected]

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.