13 maut dalam banjir di Korea Selatan

13 maut dalam banjir di Korea Selatan

Menurut pegawai bencana, kematian itu berpunca daripada kejadian tanah runtuh serta kenderaan dihanyutkan banjir.

Pasukan penyelamat memindahkan penduduk menggunakan bot getah di Cheonan pada Isnin. (Gambar AP)
SEOUL:
Sekurang-kurangnya 13 maut, manakala 13 lagi dilaporkan hilang akibat hujan lebat selama beberapa hari yang menyebabkan banjir di Korea Selatan sehingga memaksa lebih 1,000 penduduk dipindahkan.

Menurut pegawai bencana, kematian itu berpunca daripada kejadian tanah runtuh serta kenderaan dihanyutkan banjir yang menenggelami ladang berkeluasan lebih 5,751 hektar, sebahagian lebuh raya dan jambatan utama di ibu kota, Seoul.

Presiden, Moon Jae-in dijadual mengadakan mesyuarat tergempar pada Selasa, selepas beliau menggesa pihak berkuasa negara dan wilayah “mempergiatkan usaha menyelamatkan bagi mengelakkan lebih banyak nyawa terkorban” semalam.

Agensi berita Yonhap melaporkan pekerja memulakan operasi di sebahagian besar jalan dan jambatan yang rosak serta berdepan kesesakan lalu lintas di sepanjang Sungai Han, tengah Seoul hari ini.

Di Korea Utara, media melaporkan pihak berkuasa mengeluarkan amaran mungkin berlaku banjir, berikutan beberapa kawasan dilaporkan mengalami hujan lebat.

Yonhap memetik sumber kerajaan Korea Selatan yang dikenal pasti sebagai berkata, Korea Utara membuka pintu air empangan di sempadan semalam tanpa memaklumkan Seoul terlebih dahulu.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.