8 dari 10 kluster baru hari ini babitkan tempat kerja

8 dari 10 kluster baru hari ini babitkan tempat kerja

Kluster dikesan di Selangor, Johor, Pulau Pinang, Sabah, Perak dan Kelantan.

PETALING JAYA:
Kementerian Kesihatan (KKM) mengenal pasti 10 lagi kluster baharu Covid-19 membabitkan enam negeri.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah, berkata kluster dikesan di Selangor, Johor, Pulau Pinang, Sabah, Perak dan Kelantan.

Ia melibatkan lapan kluster berkaitan tempat kerja dan dua kluster komuniti.

  • Kluster Bukit Putra (Gombak) dengan 24 kes
  • Kluster Teknologi Emas (Kuala Langat) dengan 20 kes
  • Kluster Jalan Jenjarum (Petaling) dengan 24 kes
  • Kluster Tapak Bina Persiaran Freesia (Kuala Langat) dengan 19 Kes
  • Kluster Kampung Columbia (Manjung) dengan 11 kes
  • Kluster Simpang Tiga Muar (Muar) dengan 55 kes
  • Kluster Jalan Mega Satu (Johor Bahru) dengan sembilan kes
  • Kluster Merontai Besar (Kalabakan) dengan 26 kes
  • Kluster Genting Terang (Barat Daya dan Seberang Perai Selatan) dengan 21 kes
  • Kluster Kampung Telekong (Kuala Krai dan Machang) dengan 29 kes.

Jumlah kluster setakat 26 Feb adalah 1,121 dengan 493 aktif dan 91 kluster melaporkan kes jangkitan baharu.

“Kluster-kluster dengan pertambahan kes baharu tertinggi pada hari ini adalah Kluster Jalan Changkat Jong (474 kes), Kluster Simpang Tiga Muar (55 kes), dan Kluster Tembok Tapah (54 kes),”katanya,

Sementara itu 16 kluster yang tamat pada hari ini iaitu Kluster Kompleks Segamaha, Kluster Tapak Bina Lebuh Puteri, Kluster Tapak Bina Flora, Kluster Taman Batik, Kluster Jalan Tengar, Kluster Jalan Slim, Kluster Kejaya, Kluster Ladang Sebrang, Kluster Bukit Gelugor, Kluster Jalan Kota Burok, Kluster Keluli Tujuh, Kluster Kampung Tanah Merah, Kluster Jalan Empayar, Kluster Jalan Bistari Dua, Kluster Pulau Lima, dan Kluster Jalan Rusa Scientex).

Tags,

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.