Pendapatan keluarga Ilham bertambah baik hasil daripada perniagaan pulut panggang yang semakin mendapat sambutan.
Hampir setiap hari selepas habis waktu persekolahan, llham akan berjalan kaki ke LRT Setiawangsa untuk menjual pulut panggang.
Ilham telah membantu ibunya menjual kuih pulut panggang setiap hari di LRT Setiawangsa sejak berumur 10 tahun.
Pulut panggang yang siap Dibakar dibiarkan seketika sebelum disusun di bekas makanan.
Rita Amri mula memasak pulut seawall jam 6 pagi.
Hampir tujuh tahun berniaga pulut panggang, Rita masih mengekalkan kualiti sama.
Menurut Rita Amri, inti udang kering pedas perlu dimasak kira-kira enam jam.
Anak sulung Rita, Muhammad Firdaus Mohd Fazil, 20, membantu ibunya membakar pulut panggang yang telah siap dibalut dengan daun pisang.
Rita sedang menyiapkan tempahan pulut panggang sambal dibantu anak sulungnya, Firdaus.
Firdaus mengeluarkan pulut panggang yang siap dibalut daun pisang untuk dibakar selamat beberapa minit.
Pulut panggang yang telah siap dimasak sedia untuk dijual kepada pelanggan.
Mohammad Ilham Mohd Fazil, 16, mengambil tugas menjual pulut panggang yang telah siap dibuat ibunya.
Pulut panggang yang dijual RM1 satu biji mendapat sambutan orang ramai.
Ilham tidak menang tangan melayan pelanggan yang membeli pulut panggang daripadanya.