PH belum bincang penyertaan Muda

PH belum bincang penyertaan Muda

Pakatan Harapan dijangka akan membuat pengumuman dalam masa terdekat mengenai kerjasama dengan parti-parti lain.

Anwar Ibrahim berkata perbincangan mengenai penyertaan Muda belum diputuskan oleh Majlis Presiden Pakatan Harapan.
KUALA LUMPUR:
Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) belum membincangkan penyertaan Muda pimpinan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dalam gabungan itu.

Pengerusi PH, Anwar Ibrahim berkata demikian ketika ditanya mengenai Muda selepas parti itu sering mengikuti program anjuran gabungan itu.

“Belum dibincang dalam Majlis Presiden PH,” katanya kepada pemberita selepas simposium perubahan iklim di Parlimen.

PH dijangka akan membuat pengumuman dalam masa terdekat mengenai kedudukan serta pendirian berhubung kerjasama dengan parti lain, dalam menghadapi PRU15, menurut Ketua Penerangan PKR, Fahmi Fadzil.

Fahmi tidak menolak kemungkinan ruang akan dibuka untuk Muda menyertai PH, meskipun soal kerusi belum diputuskan.

PKR sendiri sudah membuat keputusan tiada rundingan mengenai semua kerusi yang ia menangi pada PRU14, katanya.

Sementara itu, Anwar berkata pihaknya sedang meneliti beberapa kerusi di samping Parlimen Port Dickson dan Tambun, susulan cadangan beliau daripada akar umbi PKR.

Di mana beliau bertanding belum diputuskan, katanya, kerana fokus parti ketika ini adalah bilangan kerusi dan jentera pilihan raya.

“Rakan-rakan di Port Dickson minta saya teruskan, Tambun menyatakan mereka bersiap sedia dan beberapa kawasan lain,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.