Ini menjadikan 331,001 kes pulih daripada keseluruhan 346,678 kes Covid-19 dengan 1,278 kematian direkodkan setakat ini.
Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah, berkata terdapat 14,399 kes aktif, dengan 163 pesakit dirawat di unit rawatan rapi dan 81 daripadanya memerlukan bantuan pernafasan.
Beliau berkata, kes baharu itu melibatkan 20 kes import dan 1,158 jangkitan tempatan yang terdiri daripada 861 warganegara dan 297 warga asing.
Enam kematian itu pula membabitkan lima warganegara dan seorang warga asing berusia 54 hingga 81 tahun, dengan semuanya mempunyai latar belakang penyakit lain.
Sementara itu, katanya, Sarawak kembali mencatatkan jumlah jangkitan tertinggi, iaitu 238 kes, disusuli Selangor (237), Pulau Pinang (190), Johor (165), Kuala Lumpur (101), Sabah (86), Negeri Sembilan (34), Kedah (32) , Perak (31), Kelantan (27), Pahang (14), Melaka (sembilan), Labuan (tujuh), Terengganu (enam) dan Putrajaya (satu).
Hanya Perlis melaporkan sifar kes jangkitan baharu Covid-19.
Secara keseluruhan, Selangor sehingga kini melaporkan jumlah tertinggi dengan 116,315 kes, diikuti Sabah (54,853) dan Johor (41,420).
Berikut bilangan kes kumulatif terkini bagi negeri dan wilayah lain:
- Kuala Lumpur: 37,921 kes
- Negeri Sembilan: 17,302 kes
- Sarawak: 16,628 kes
- Pulau Pinang: 16,259 kes
- Perak: 12,997 kes
- Kedah: 8,467 kes
- Melaka: 6,551 kes
- Kelantan: 6,277 kes
- Pahang: 4,280 kes
- Terengganu: 3,599 kes
- Labuan: 2,335 kes
- Putrajaya: 1,144 kes
- Perlis: 330 kes