11 kluster baharu, 4 daripadanya kluster pendidikan

11 kluster baharu, 4 daripadanya kluster pendidikan

Tiga kluster lain membabitkan kluster komuniti manakala kluster tempat kerja dan keagamaan masing-masing melaporkan dua kluster.

PETALING JAYA:
Kementerian Kesihatan melaporkan 11 kluster baharu Covid-19, dengan empat daripadanya membabitkan kluster pendidikan.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, tiga kluster lain membabitkan kluster komuniti manakala kluster tempat kerja dan keagamaan masing-masing melaporkan dua kluster.

Empat kluster dikesan di Selangor, dua kluster dilapor di Johor, manakala Kelantan, Sarawak, Perak, Melaka dan Sabah masing-masing mencatatkan satu kluster.

Perincian 11 kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini adalah seperti berikut.

  • Kluster Jalan Sungai Panjang (Sabak Bernam) dengan 11 kes
  • Kluster Jalan Benut Kluang (Kluang) dengan 25 kes
  • Kluster Tanah Lesen (Sabak Bernam, Petaling dan Klang) dengan 13 kes
  • Kluster Gugusan Alam (Kuala Selangor) dengan 27 kes
  • Kluster Kampung Terusan (Kota Bharu) dengan 40 kes
  • Kluster Kampung Boyan (Kuching) dengan 19 kes
  • Kluster Jalan Abdul Hamid (Kinta) dengan 19 kes
  • Kluster Jalan Kelab Golf Tiga Belas (Petaling, Klang, Hulu Langat, dan Sepang) dengan 23 kes
    Kluster Jalan Semabok (Melaka Tengah) dengan 11 kes
  • Kluster Parit Lintang (Batu Pahat dan Johor Bahru) dengan 13 kes
  • Kluster Jalan Menteri (Kota Kinabalu dan Penampang) dengan 9 kes

Noor Hisham berkata, sebanyak 1,887 kluster dikesan di seluruh negara setakat ini, dengan 470 kluster aktif manakala 1,417 kluster telah tamat.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.