
PETALING JAYA: Kementerian Kesihatan melaporkan 23 kluster baharu dalam tempoh 24 jam lalu, kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.
Dalam satu kenyataan, beliau berkata, ia membabitkan 11 kluster tempat kerja, lapan berkait komuniti, dua membabitkan kumpulan berisiko tinggi dan masing-masing satu melibatkan pusat tahanan dan institut pendidikan.
Kluster berkenaan dikesan di Selangor, Kuala Lumpur, Johor, Penang, Kelantan, Melaka, Sabah dan Sarawak.

Perincian 23 kluster baharu yang dikenal pasti pada hari ini adalah seperti berikut.
- Kluster Industri Jalan Gemilang Kluang (Kluang) dengan 24 kes
- Kluster Industri Tanjung Kulai (Kulai) dengan 13 kes
- Kluster Jalan Tembaga Dua (Johor Bahru) dengan 13 kes
- Kluster Jalan Angkasa Mas Utama (Johor Bahru) dengan 14 kes
- Kluster Jalan Bertam Lima (Johor Bahru) dengan 16 kes
- Kluster Industri Jalan Tunjong (Kota Bharu, Machang, dan Tumpat) dengan 6 kes
- Kluster Jalan Padang Tembak 2 (Kota Bharu) dengan 24 kes
- Kluster MIEL Batang Kali (Hulu Selangor) dengan 22 kes
- Kluster Tapak Bina Jalan Impian Indah (Lembah Pantai) dengan 428 kes
- Kluster Jalan Ong Yi How Seberang Perai Utara) dengan 20 kes
- Kluster Industri Tanjung Bruas (Melaka Tengah) dengan 99 kes
- Kluster Kampung Tok Junuh Mahligai (Bachok) dengan 13 kes
- Kluster Kampung Jelutong Gunong (Bachok) dengan 16 kes
- Kluster Jalan Sultan Ibrahim (Kota Bharu) dengan 8 kes
- Kluster Kampung Quop (Kuching) dengan 19 kes
- Kluster Kandis Pantu (Sri Aman) dengan 6 kes
- Kluster Tembidong Bidong (Telupid dan Beluran) dengan 88 kes
- Kluster Jalan Patikang Ulu (Keningau) dengan 17 kes
- Kluster Gerachi (Hulu Selangor) dengan 29 kes
- Kluster Jalan Sejahtera Lapan (Klang) dengan 5 kes
- Kluster Jalan Kerayong (Cheras) dengan 47 kes
- Kluster Jalan Maktab 2 (Sepang dan Hulu Langat) dengan 25 kes
- Kluster Pagar Pasir Puteh (Pasir Puteh) dengan 12 kes
Noor Hisham berkata, sebanyak 3,702 kluster dikesan di seluruh negara setakat ini, dengan 1,116 daripadanya kluster aktif dan 2,586 lagi sudah tamat.