
Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak, Dr Mohamed Sapian Mohamed, berkata bilangan kes kategori 4 (radang paru-paru dan memerlukan bantuan oksigen) dan kategori 5 (kritikal serta memerlukan bantuan pernafasan) berkurangan daripada purata 268 kes sehari pada Jun lalu, kepada 150 kes sehari pada Julai lalu.
Beliau berkata, bilangan kes memerlukan rawatan kritikal turut menurun daripada purata 83 kes sehari pada Jun lalu, kepada 45 kes sehari pada Julai lalu.
“Setakat 30 Julai 2021, jumlah kematian disebabkan Covid-19 berkurangan daripada 108 kes pada Jun 2021 kepada 45 kes (Julai 2021),” menurutnya dalam kenyataan.
Mohamed Sapian juga berkata, sehingga semalam, Sarawak mencapai liputan imunisasi Covid-19 yang tinggi dalam kalangan populasi dewasa iaitu sebanyak 86.7 peratus bagi dos pertama dan 66.6 peratus bagi dos kedua.
“Menjelang akhir bulan Ogos 2021, dijangka lebih 70 peratus populasi Sarawak menerima imunisasi Covid-19 yang lengkap,” katanya.