
PETALING JAYA: Kementerian Kesihatan (KKM) mengesan 24 kluster baharu Covid-19, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah.
Dalam kenyataan, beliau berkata 12 daripadanya adalah kluster tempat kerja, 11 daripada jangkitan komuniti dan satu dari kumpulan berisiko.
Katanya, kluster itu dikesan di Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Selangor, Kuala Lumpur, Perak, Kedah, Pulau Pinang, Pahang, Kelantan, Sabah dan Sarawak.
Beliau berkata, enam kluster baharu dikesan di Kelantan, masing-masing empat di Johor dan Sarawak serta tiga di Melaka.

Perincian kluster seperti berikut:
- Kluster Jalan Istimewa Lapan (Johor Bahru) dengan 44 kes.
- Kluster Industri Jalan Haji Manan Kluang (Kluang) dengan 17 kes.
- Kluster Jalan SME Satu (Kulai) dengan 10 kes.
- Kluster Dermaga Halaman Timur (Johor Bahru) dengan lapan kes.
- Kluster Jalan TDB Satu (Melaka Tengah) dengan 24 kes.
- Kluster Industri Lot Tujuh (Melaka Tengah) dengan 21 kes.
- Kluster Industri Jalan Elkay Utama (Jasin) dengan 39 kes.
- Kluster Jalan Jinjang Aman (Kepong) dengan 10 kes.
- Kluster Tapak Bina Jalan Gelugor 2 (Seberang Perai Utara) dengan 59 kes.
- Kluster Dataran Satria Perwira (Tampin) dengan 52 kes.
- Kluster Perusahaan Tupai 15 (Larut, Matang dan Selama) dengan sembilan kes.
- Kluster Industri Jalan Lundang (Tumpat dan Kota Bharu) dengan lapan kes.
- Kluster Kampung Machang Gochoh (Pasir Mas) dengan lima kes.
- Kluster Kampung Durian Kudung (Bachok) dengan 20 kes.
- Kluster Kampung Padang Tengah (Kota Bharu) dengan 15 kes.
- Kluster Kampung Pauh Temangan (Machang) dengan 27 kes.
- Kluster Perumahan Jalan Padang Tembak (Kota Bharu dan Tanah Merah) dengan 20 kes.
- Kluster Semada (Serian) dengan 58 kes.
- Kluster Sungai Penyarai 2 (Tatau dan Bintulu) dengan 57 kes.
- Kluster Kampung Matang Lot (Kuching) dengan 21 kes.
- Kluster Kampung Lintang Baru (Serian) dengan 62 kes.
- Kluster Kampung Sungai Kabuk (Cameron Highlands) dengan 13 kes.
- Kluster Kampung Penangah (Tongod) dengan 36 kes.
- Kluster Jalan Besar Pulau Meranti (Sepang) dengan 26 kes.
Hisham berkata, sebanyak 4,442 kluster dikesan di seluruh negara setakat ini, dengan 1,436 daripadanya kluster aktif dan 3,006 kluster lagi sudah tamat.