Pejabat Peguam Negara nafi bicara Najib Razak berhubung SRC tak sah

Pejabat Peguam Negara nafi bicara Najib Razak berhubung SRC tak sah

Pejabat Peguam Negara menafikan mengambil ketetapan perbicaraan itu tidak sah kerana kesilapan prosiding.

Pejabat Peguam Negara berkata “laporan” dalam sosial media yang dikongsi di media sosial adalah palsu dan pihaknya tidak pernah mengambil ketetapan seperti didakwa.
PETALING JAYA:
Pejabat Peguam Negara menafikan membuat ketetapan berhubung kes perbicaraan SRC International membabitkan Najib Razak berhubung dana RM42 juta di Mahkamah Tinggi sebagai tidak sah.

Dalam kenyataannya, Pejabat Peguam Negara memberi maklum balas bahawa pihaknya akan meneruskan dengan rayuan kes berkenaan dan menunggu keputusan Mahkamah Persekutuan.

Kenyataan itu sebagai mengulas ciapan dan “laporan” dikongsi di media sosial bahawa Pejabat Peguam Negara membuat ketetapan perbicaraan “tidak sah kerana kesilapan prosiding.”

“Jabatan ini menafikan ada membuat ketetapan seperti dikatakan dalam kenyataan tersebar itu,” katanya.

Pada Mei, Mahkamah Persekutuan menetapkan selama 10 hari bermula 15 Ogos untuk mendengar rayuan terakhir bekas perdana menteri itu berhubung sabitannya.

Pada Dis tahun lalu, Mahkamah Rayuan mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi, pada Jul 2020, yang mensabitkan Najib bersalah terhadap tujuh pertuduhan salah laku, pecah amanah jenayah dan pengubahan wang membabitkan RM42 juta milik SRC International yang dimasukkan dalam akaun peribadinya.

Sabitan itu juga mengekalkan hukuman 12 tahun penjara dan denda RM210 juta. Bagaimanapun, Ahli Parlimen Pekan itu dibenarkan ikat jamin sementara menunggu tarikh ditetapkan mahkamah atasan.

Bulan lalu, Najib juga memfailkan permohonan membatalkan sabitannya dengan mendakwa Hakim Nazlan Mohd Ghazali mempunyai konflik berkepentingan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.