Lebih 5,000 kes baharu Covid-19, 8 kematian dilaporkan

Lebih 5,000 kes baharu Covid-19, 8 kematian dilaporkan

Sebanyak 41,208 kes aktif Covid-19 dilaporkan, termasuk 64 pesakit ditempatkan di ICU, dengan 44 daripadanya memerlukan bantuan pernafasan.

Sebanyak 5,219 kes penularan tempatan dan 11 kes import dilaporkan semalam.
PETALING JAYA:
Jangkitan harian Covid-19 melonjak kepada 5,230 kes baharu semalam berbanding 4,098 kes kelmarin.

Menurut data di laman sesawang CovidNow, ia membabitkan 5,219 kes penularan tempatan dan 11 kes import.

Pada masa sama, lapan kematian dilaporkan, termasuk satu kes melibatkan kematian di luar fasiliti kesihatan (BID).

Ini menjadikan keseluruhan jangkitan Covid-19 meningkat kepada 4,613,998 kes dan 35,844 kematian.

Sehingga tengah malam tadi, sebanyak 41,208 kes aktif Covid-19 dilaporkan, termasuk 64 pesakit yang ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU), dengan 44 daripadanya memerlukan bantuan pernafasan.

Daripada jumlah kes aktif itu, 96.3% atau 39,703 pesakit menjalani kuarantin di rumah, 30 kes atau 0.1% dirawat di pusat kuarantin dan rawatan Covid-19 (PKRC), sementara 1,411 orang atau 3.4% dirawat di hospital.

Seramai 2,927 pesakit dilaporkan sudah sembuh.

Tiada kluster baharu direkodkan semalam, menjadikan keseluruhannya kekal kepada 7,026 kluster, dengan 12 daripadanya masih aktif.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.