Jangkitan Covid-19 turun kepada 4,503 kes, 10 kematian

Jangkitan Covid-19 turun kepada 4,503 kes, 10 kematian

Sebanyak 4,497 kes penularan tempatan dan enam kes import dilaporkan semalam.

Sebanyak 46,906 kes aktif Covid-19 dilaporkan, termasuk 59 pesakit ditempatkan di ICU, dengan 30 daripadanya memerlukan bantuan pernafasan. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:
Kes harian Covid-19 berkurangan sedikit kepada 4,503 kes semalam berbanding 4,759 kes pada hari sebelumnya.

Angka korban pula meningkat kepada 10 kes, termasuk empat kematian di luar fasiliti kesihatan (BID), berbanding sembilan kematian kelmarin.

Menurut data di laman sesawang CovidNow, kes baharu itu membabitkan 4,497 kes penularan tempatan dan enam kes import.

Ini menjadikan jumlah kumulatif jangkitan Covid-19 meningkat kepada 4,664,213 kes dan 35,942 kematian.

Sehingga tengah malam tadi, terdapat 46,906 kes aktif Covid-19, termasuk 59 pesakit yang ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU), dengan 30 daripadanya memerlukan bantuan pernafasan.

Daripada jumlah kes aktif itu, 96.6% atau 45,318 pesakit menjalani kuarantin di rumah, 24 orang dirawat di pusat kuarantin dan rawatan Covid-19 (PKRC), sementara 1,505 orang atau 3.2% menerima rawatan di hospital.

Seramai 3,847 pesakit dilaporkan sudah sembuh.

Tiada kluster baharu direkodkan semalam, menjadikan keseluruhannya kekal 7,036 kluster, dengan 19 daripadanya masih aktif.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.